Kampung Bako dilanda air pasang besar - pakdin.my

KUCHING: Penduduk Kampung Bako kira-kira 40 Kilometer dari sini dikejutkan dengan peningkatan mendadak paras air sungai di kampung berkenaan, petang tadi.

Kejadian itu berlaku apabila air laut mula pasang kira-kira jam 4 petang sehingga menyebabkan air Sungai Bako melimpah.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Kuching, Tiong Ling Hii berkata, beberapa rumah sudah dinaiki air sehingga paras 0.5 meter.

Beliau berkata, anggota Pasukan Bomba Sukarela Bako Indah kini berada lokasi untuk melakukan tindakan menyelamat apabila diperlukan.

“Setakat ini kami dimaklumkan tujuh rumah yang berdekatan sungai sudah dimasuki air.

“Anggota pasukan sukarela kami masih memantau keadaan di lokasi ketika ini,” katanya.

Katanya, air laut pasang besar mencapai tahap tertinggi iaitu 5.3 meter pada jam 6.55 petang ini

20161017-air-pasang-kampung-bako

UTAMAKampung Bako dilanda air pasang besar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium