Kanak-Kanak Hidap Penyakit Kronik Mohon Bantuan

Muhamad Shafiq Idham Mahadi

Tiada lain yang diimpikan oleh seorang ibu, selain melihat anaknya membesar seperti kebanyakkan kanak-kanak normal.

Ia turut menjadi impian salina mamat 38 tahun, ibu kepada kanak-kanak berusia 2 tahun 4 bulan, Muhamad Shafiq Idham Mahadi yang mengidap penyakit tulang dan buah pinggang, sejak dilahirkan.

Oleh kerana kesempitan wang, Salina tidak mampu berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan anaknya.

Suaminya pula hanya berkerja sebagai buruh di Kampung Tok Deh, Rantau Panjang dengan pendapatan yang tidak tetap.

Malah, mereka juga tidak mampu membeli susu khas yang disarankan doktor, untuk mengalakkan tumbesaran Muhamad Shafiq.

Lebih malang, doktor turut mengesahkan masalah buah pinggang yang dihadapinya juga semakin kronik dan perlu mendapatkan penderma.

Ketika ini, Salina tidak menerima sebarang bantuan bulanan secara tetap, dan mengharapkan simpati pihak berwajib dan orang ramai yang sudi membantu.

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here