32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Kanak-Kanak Parah, Kereta Dirempuh Keretapi Di Kampung Madahan Dekat Papar

KENDERAAN pacuan empat roda yang dinaiki seorang tiga sekeluarga termasuk seorang bayi terbabas ke kawasan semak selepas dirempuh kereta api di Kampung Mandahan, di Papar, pagi tadi. - Foto NSTP
KENDERAAN pacuan empat roda yang dinaiki seorang tiga sekeluarga termasuk seorang bayi terbabas ke kawasan semak selepas dirempuh kereta api di Kampung Mandahan, di Papar, pagi tadi.

PAPAR: Tiga sekeluarga, termasuk seorang bayi lelaki berusia setahun mengalami detik cemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka dirempuh kereta api, di Kampung Mandahan, dekat sini, pagi tadi.


Berikutan rempuhan itu, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux mangsa terbabas dan terbalik ke kawasan semak berhampiran.

Difahamkan bayi lelaki itu cedera parah dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk rawatan lanjut.

Maklumat lanjut mengenai dua mangsa lagi belum diketahui setakat ini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Papar Dunstan Peter ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata bomba menerima panggilan pada jam 9.22 pagi.

“Semua mangsa dalam kenderaan pacuan empat roda sudah dihantar ke QEH di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.


“Penumpang keretapi tidak mengalami kecederaan dan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya,” katanya.

Berita Berkaitan

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Covid-19: Enam pelajar, tujuh guru positif

KOTA KINABALU: Enam pelajar sekolah dan tujuh guru membabitkan tiga sekolah di Lahad Datu...

Pembubaran DUN Sabah: Mahkamah Rayuan tolak rayuan Musa Aman dan 32 ADUN

Mahkamah Rayuan pada Selasa menolak rayuan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk...

MP Kudat pertahan dakwaan Veveonah menipu

Timbalan Menteri sudah minta maaf atas kenyataan beliau menafikan Veveonah tidak mengambil peperiksaan diatas...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan