27 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

Kanak-Kanak Perempuan Dikurung Sejak November – Polis (video)

kanak-kanak perempuan-dikurung-seberang-prai

BUTTERWORTH: Kanak-kanak perempuan yang diselamatkan di Sungai Dua, di sini dalam keadaan kelaparan, Khamis lalu, dipercayai dibiar tinggal bersendirian di rumah kosong tanpa bekalan elektrik dan air sejak November tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan polis mendapati kanak-kanak itu dikurung di rumah sewa lama keluarganya dan diberi makanan dan minuman sekali-sekala sahaja.

“Dia dibiar tinggal di situ bersendirian. Dia tidur, buang air besar dan kecil di bilik dia dikurung sejak November tahun lepas.

“Tiada sesiapa termasuk jiran di kawasan flat berkenaan yang menyedari kanak-kanak itu dikurung di rumah sewa yang sebelum ini keluarga mangsa pernah tinggal kerana tidak pernah dengar suara orang menangis atau meminta tolong serta ia gelap,” katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak itu di Hospital Seberang Jaya di sini, Isnin.

Kanak-kanak perempuan murid Tahun Satu itu ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan di sebuah rumah yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik selepas seorang guru membuat laporan polis mengesyaki sesuatu berlaku selepas dia tidak hadir ke sekolah.

Abdul Rahman berkata, kanak-kanak itu kini ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Seberang Jaya dan dari segi kecederaan luaran doktor mengesahkan hanya terdapat kesan lebam dan tiada kesan kecederaan akibat didera.


Beliau berkata polis telah mendapat perintah lanjutan reman selama tiga hari terhadap bapa kanak-kanak itu dan polis juga telah mengambil keterangan ibu tiri kanak-kanak itu Sabtu lepas.

“Kertas siasatan hampir siap dan mungkin esok kami akan serah kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk tindakan selanjutnya. Mungkin kami akan dakwa Rabu ini,” katanya.

Beliau berkata setakat ini polis masih gagal mengesan ibu kandung kanak-kanak berkenaan yang dipercayai telah pulang ke Indonesia.

 

 

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...