‘Kancil buruk’: Pemandunya didakwa berduit, fasih cakap Inggeris - pakdin.my

‘Kancil buruk’: Pemandunya didakwa berduit, fasih cakap Inggeris

Pemandu Kancil berusia sekitar 40 tahun itu belajar di Singapura

Kancil Buruk, Viral,

SEBUAH kereta Kancil buruk yang viral telah disita pada Jumaat lalu, tetapi identiti pemandu misterinya terus menimbulkan tanda-tanya.

Dilihat di lebih dari tiga negeri berbeza, ramai yang pelik bagaimana ia dapat dipandu sejauh beratus-ratus kilometer dengan pintu hampir tercabut dan keadaan kereta yang sudah lusuh.

Bagi yang ingin melihat lebih banyak gambar ‘Kancil buruk’ ini, kumpulan Facebook Aurizn Malaysia ada membuat perkongsian.

Dalam pada itu, menurut laporan Sin Chew Daily, pemilik kereta ini bukan berasal dari Raub seperti yang diperkatakan sebelum ini.

Pemandu misteri ini didakwa dari Pulau Pinang dan keluarganya sekarang tinggal di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, dia sebelum ini dilihat di Raub, kerana bapanya membeli dan pernah tinggal di ladang getah di kawasan itu. Justeru, ‘Kancil buruk’ ini bukanlah asing lagi bagi kebanyakan orang yang tinggal di Raub.

Dalam satu temubual dengan Sin Chew Daily, seorang mekanik yang mengenali bapa kepada pemandu itu berkata dia telah menjual beberapa buah kereta kepadanya.

Kereta pertama yang dijual kepadanya telah dirosakkan kerana ia diparkir secara haram dan ditarik balik ke bengkel.

“Saya jual kereta lain kepadanya, sebuah Kancil 660, kerana dia beritahu saya anak lelakinya memerlukan kereta sendiri,” katanya.

Menurut mekanik itu, pemandu Kancil berusia sekitar 40 tahun itu belajar di Singapura dan dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan fasih.

Bagaimanapun, disebabkan penyakit mental, dia terus memandu Kancil buruk itu di sekitar Malaysia.

Mungkin ramai yang berfikir lelaki itu tidak mempunyai wang untuk membeli sebuah kereta baharu, namun seorang peniaga mi yang mengenali pemandu Kancil buruk itu berkata dia sebenarnya mempunyai wang tunai, sambil memberitahu dia sering datang ke gerainya pada 2016.

“Dia akan datang ke gerai saya untuk bungkus makanan pada Tahun Baru Cina. Dia ada tanah di Raub dan biasanya akan bayar dengan jumlah wang tunai yang agak besar. Dia kelihatan agak normal,” katanya.

Tetapi sejak pemilik Kancil itu meninggalkan Raub, pemilik gerai mi itu tidak lagi mendengar sebarang berita tentangnya sehinggalah kisah Kancil buruknya tular di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, kereta itu disita kerana tidak sesuai digunakan di jalan raya berikutan keadaannya terlalu teruk.

“Kami sita kereta itu mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana ia tidak sesuai berada di atas jalan.

“Ia bukan saja membahayakan nyawa individu yang memandu kereta itu, malah boleh mengundang risiko kepada pengguna jalan raya lain,” katanya memetik Harian Metro.

Azman berkata, pemilik kereta itu dibenarkan untuk menuntut semula kenderaan berkenaan, namun perlu melakukan pemeriksaan bagi memastikan ia selamat digunakan di jalan raya.

“Kereta itu perlu melakukan pemeriksaan dengan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menentukan sama ada ia boleh digunakan atau sebaliknya.

“Jika tidak, pemilik perlu menyelenggara kenderaan itu mengikut spesifikasi ditetapkan pihak berkuasa sebelum dibenarkan untuk digunakan di atas jalan,” katanya. – WOB

UTAMAGAYA HIDUP‘Kancil buruk’: Pemandunya didakwa berduit, fasih cakap Inggeris

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium