Kanji Sagu Punya Potensi Bersaing Di Pasaran Global - pakdin.my

tepung sagu-linut

Kanji atau tepung yang dihasilkan daripada batang pokok sagu, sejenis pokok palma yang terdapat di Malaysia dan negara ASEAN berpotensi untuk bersaing dengan bahan makanan lain di peringkat global pada masa hadapan.

Prof Dr Abd Karim Alias daripada Pusat Pengajian Teknologi Industri (Teknologi Makanan) Universiti Sains Malaysia (USM) berkata kanji sagu mampu menjadi alternatif yang baik kepada keperluan kanji untuk pesakit diabetes.

“Komponennya boleh dilarutkan dan diuraikan kepada gula secara lebih perlahan daripada kanji yang biasa digunakan,” kata beliau di dalam ceramah khas di USM di sini hari ini.

tepung sagu-sagu

Menurut beliau kanji sagu dikategorikan sebagai kanji tropika, termasuk kanji ubi kayu.

Bagaimanapun, beliau berkata pengeluaran kanji atau tepung sagu adalah kurang daripada satu peratus daripada pengeluaran kanji antarabangsa, berbanding dengan kanji daripada jagung yang menguasai 73 peratus daripada pengeluaran kanji dunia.

Dr Abd Karim berkata satu daripada faktornya ialah tidak banyak orang yang tahu mengenai kanji sagu dan kebanyakan daripada 2.6 juta hektar kawasan pokok sagu di kawasan tropika Asia terletak di Indonesia dan Papua New Guinea.

“Pengeluaran kanji sagu hanya boleh ditemui di beberapa tempat di kawasan tropika Asia seperti Hutan Dara Papua New Guinea dan Filipina.

Jika pengeluaran kanji sagu lebih diketahui dan efektif atau kuantiti pengeluarannya mencapai paras tertentu, ia mungkin boleh bersaing di pasaran global di masa hadapan,” katanya.

UTAMAKanji Sagu Punya Potensi Bersaing Di Pasaran Global

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium