Statistik Corona

Malaysia
2,049,750
Confirmed
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm
Malaysia
1,800,278
Recovered
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm
Malaysia
227,117
Active
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm
Malaysia
22,355
Deaths
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm

Malaysia

Malaysia
2,049,750
Confirmed
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm
Malaysia
1,800,278
Recovered
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm
Malaysia
22,355
Deaths
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm

Indonesia

Indonesia
4,185,144
Confirmed
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm
Indonesia
3,976,064
Recovered
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm
Indonesia
140,138
Deaths
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm

Thailand

Thailand
1,448,792
Confirmed
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm
Thailand
1,304,247
Recovered
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm
Thailand
15,124
Deaths
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm

Global

All countries
228,120,055
Confirmed
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm
All countries
203,059,703
Recovered
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm
All countries
4,688,325
Deaths
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm

Kanser, kudung kaki, tidak halang Noor Zeeda bangkit buru kejayaan

ALOR SETAR — Setelah pulih daripada kesakitan panjang akibat kanser, Noor Zeeda Abd Aziz diuji pula dengan kecacatan kekal, kudung kaki kiri, namun semua itu bukan penghalang baginya untuk memburu kejayaan. 

Menceritakan kisahnya, bekas pesakit kanser berusia 42 itu berkata, setelah disahkan menghidap penyakit paling digeruni itu, dia berusaha untuk pulih dan tidak kisah bergelar orang kurang upaya (OKU), asalkan tidak lagi menanggung derita.

“Pada 2007, sebulan selepas lahirkan anak kedua, saya disahkan menghidap kanser tulang dan pada masa sama, pendapatan suami terjejas akibat kegawatan ekonomi dan kami ketika itu diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga.

“Saya asyik berulang ke hospital untuk rawatan dan kontrak kerja tidak disambung, rasa sudah tiada kualiti hidup dan akhirnya saya putuskan untuk ‘bebaskan’ diri daripada anggota badan yang sakit akibat kanser,” kata ibu kepada empat cahaya mata itu kepada Bernama di sini.

Katanya sebelum itu, selain menjalani rawatan kemoterapi, dia juga sudah melakukan pembedahan menggantikan tulang besi pada kaki kirinya, malangnya bahagian berkenaan sering mengalami jangkitan dan menyebabkannya menanggung kesakitan.

Noor Zeeda berkata walaupun ada yang membantah keputusannya untuk mengamputasi sebelah kakinya, namun baginya itulah solusi paling tepat untuknya bebas daripada kesakitan yang berpanjangan.

“Saya pernah ‘berumah’ selama dua tahun di hospital dan keadaan itu amat memeritkan, namun selepas kaki dipotong pada 2013, saya rasa hidup lebih berkualiti dan saya boleh kembali melakukan banyak perkara diingini yang tertangguh sebelum ini,” kata wanita berasal dari Sungai Petani itu.

Katanya ketika awal ujian dia dan keluarganya mengalami kekurangan sumber pendapatan, bayaran ansuran rumah serta kereta tidak mampu dilunaskan kerana kos rawatannya yang melebihi RM70,000, ditanggung sendiri dan dia sentiasa bersedia jika pihak bank akan ‘menarik’ semua hartanya yang masih terikat dengan hutang.

“Saya hubungi bank beritahu nak tarik kereta, mai la, kereta dah cuci elok ni… nak mai ambil rumah, mai la rumah okay tiada cacat cela. Tapi alhamdulillah waktu itu bank-bank tersebut menawarkan penjadualan semula bayaran, dapatlah dikekalkan kereta dan rumah dengan bayaran minimum,” katanya.

Noor Zeeda berkata berkat kesabaran dan dirinya yang tidak berputus asa, akhirnya nikmat kehidupan kini mampu dikecapinya dan ‘resepinya’ cukup mudah iaitu jangan sesekali menyerah kalah.

“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac 2020 bermula dan dapat moratorium, saya minta izin suami untuk ambil sebahagian daripada duit itu untuk (dijadikan modal) jual ikan bilis sebab saya tak nak pisang berbuah dua kali (masalah kewangan).

“Tatkala orang menghias rumah dengan duit moratorium, saya beli berkilo-kilo bilis untuk dijual dan setelah beberapa bulan, rakan-rakan mencadangkan agar berniaga di platform e-dagang supaya perniagaan lebih mudah dikendalikan,” katanya.

Menurutnya bermula dengan hanya satu tempahan pada bulan pertama dengan nilai jualan cuma RM30, hari ini, wanita bertopang tongkat itu meraih hasil jualan mencecah empat angka setiap hari dan mampu menggajikan lima pekerja untuk membantunya.

Bercakap mengenai situasi negara yang kini dilanda pandemik COVID-19 sehingga menyebabkan ramai individu hilang pekerjaan dan perniagaan terpaksa ‘gulung tikar’, nasihat Nor Zeeda ialah jangan rasa malu untuk meminta pertolongan.

“Mintalah bantuan daripada sesiapa sahaja, sememangnya pasti akan ada penolakan, namun pasti akan ada juga mereka yang akan sudi menolong kita untuk keluar daripada kesempitan.

“Jangan sesekali pendam (masalah) seorang sehingga memudaratkan diri, berceritalah dengan isteri,  suami atau sesiapa sahaja kerana bila ada perbincangan pasti akan membuahkan idea,” katanya yang mengharapkan agar kisahnya mampu memberi inspirasi kepada semua pihak yang terkesan sepanjang pandemik ini.

— BERNAMA

 

Berkaitan