Kapal Selam, Pembangkang Cuba Memperbodohkan Rakyat #MH370 #PrayForMH370 #MH370Hilang - pakdin.my

MH370-lim-kit-siang-sub-marine

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menegaskan TIADA sebarang kapal selam yang terlibat dalam operasi mencari dan mengesan (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

Menurutnya kapal selam tidak sesuai melakukan tugas itu kerana ia hanya dilengkapi sistem sonar pengesan yang terhad dan tidak berupaya mengesan objek statik di dasar laut.

“Sonar yang dipasang pada kapal selam tidak mampu mengesan atau menjejak apa-apa objek yang berada di paras laut, ia hanya mampu mengesan objek yang bergerak atau yang mengeluarkan bunyi,” katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Kawalan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam di Subang di sini hari ini.

Pimpinan pembangkang sebelum ini cuba mewujudkan sentimen kebencian di kalangan rakyat apabila mempertikai keputusan kerajaan yang tidak menggunakan kapal selam Scorpene untuk turut sama dalam operasi SAR yang dijalankan.

Mereka mendakwa, tindakan itu sebagai satu usaha untuk menutup kelemahan kerajaan, kononnya 2 buah kapal selam milik tentera laut itu tidak mampu berfungi dengan baik dan tidak boleh menyelam. Sedangkan negara jiran, Singapura turut menghantar kapal selam milik negara itu untuk membantu mencari pesawat MAS yang hilang itu.

Sedangkan apabila diteliti semula, dakwaan yang mengatakan kerajaan Singapura menghantar kapal selam ini sebenarnya tidak berasas.

Media sebelum ini melaporkan Singapura telah menghantar MV Swift Rescue Submarine Support and Rescue Vessel (SSRV) bagi membantu misi SAR. Namun apa yang mereka tidak faham faham ialah SSRV ini adalah merupakan DEEP SEA SUBS RESCUE dan bukannya sebuah kapal selam perang.

ssrv tldm

Ia adalah bertujuan bagi mengesan bangkai pesawat yang berada di laut dalam dan mencari Black Box pada pesawat yang terhempas. Black Box ini sangat penting bagi siasatan NTSB dan DCA Malaysia dalam mencari punca nahas.

Submarine Support and Rescue Vessel (SSRV) ini bagaimanapun telah dimiliki oleh Malaysia sejak pengoperasian Scorpene Submarine. Ia adalah kapal sokongan yang menjadi satu keperluan sangat penting bagi mana-mana negara yang mengoperasikan kapal selam dan mampu menjadi Submarine SAR (SUBSAR) untuk menyelamat mana-mana kapal selam yang karam di lautan dalam.

Namun, dalam masa yang sama juga, ia boleh digunakan bagi operasi SAR terhadap kapal terbang atau kapal lautan yang karam ke dalam laut bagi mengesan bangkai kapal dan membantu siasatan punca nahas.

Pengoperasian robotic submarine bukanlah suatu yang baru bagi TLDM. Sebelum ini Mahamiru Class telah pun mengoperasikan Olister SUV (Submarine Unnamed Vehicle) bagi tugas mengesan periuk api.

Kesimpulannya, pembangkang sebenarnya telah kehabisan modal. Atas sebab itu mereka terpaksa mereka cipta isu bagi memburukkan kerajaan. Sedangkan di dalam keadaan seperti ini, semua rakyat sepatutnya bersatu hati dan mendoakan agar semua yang terlibat dalam misteri kehilangan pesawat #MH370 ini terselamat dan bukannya mencari siapa yang perlu dipersalahkan.

UTAMABERITAKapal Selam, Pembangkang Cuba Memperbodohkan Rakyat #MH370 #PrayForMH370 #MH370Hilang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium