Karbohidrat penyebab gemuk

Karbohidrat penyebab gemuk

Dalam keghairahan individu menurunkan berat badan, mereka sanggup melakukan apa saja terutamanya mengelak mengambil makanan berlemak dan berkolesterol tinggi.

Kurangnya pendedahan mengenai kaedah pemakanan yang betul menyebabkan ramai tidak mengetahui makanan berlemak dan berkolestrol bukanlah punca utama penyebab kegemukan atau penyakit berbahaya.

Sebaliknya, makanan berkarbohidrat dianggap berbahaya dan masyarakat perlu faham konsep indeks glisemik dan beban glisemik apabila memperkatakan mengenai karbohidrat.

Pengambilan makanan berkarbohidrat bukan saja boleh menyebabkan kegemukan, malah menjadi punca penyakit berbahaya seperti diabetes, obesiti dan kardiovaskular.

Doktor Perubatan Bahagian Anti Penuaan dan Estetik Dr Norman Norawi berkata, karbohidrat dengan nilai indeks glisemik berbeza memberikan kesan berbeza kepada tubuh manusia untuk jangka masa panjang.

Beliau berkata, berdasarkan satu laporan dalam Journal Nutrient 2013 bertajuk ‘Nutritional Recommendations for Cardiovascular Disease Prevention’ menunjukkan makanan yang asli dan tinggi serat yang mempunyai nilai indeks glisemik lebih rendah mampu mencegah pelbagai masalah kesihatan.

“Berdasarkan laporan American Journal of Clinical Nutrition 1981, karbohidrat diklasifikasikan berdasarkan kadar kepantasannya menjadi glukosa dalam darah yang dipanggil sebagai ‘Indeks Glisemik’(GI). GI diberikan skala 0 hingga 100 iaitu dibahagikan kepada rendah, sederhana dan tinggi.

“Makanan yang cepat dihadam dan ditukar menjadi glukosa dalam darah dipanggil ‘GI Tinggi’ dengan nilai lebih daripada 70 manakala makanan lebih lambat menjadi glukosa dipanggil ‘GI Rendah’ dengan nilai kurang daripada 55 dan nilai antara 56 hingga 69 pula dipanggil ‘GI Sederhana’. Makanan yang tinggi nilai GI menyebabkan kenaikan paras glukosa dalam darah dengan cepat,” katanya.

Norman berkata, secara umum makanan berkarbohidrat yang mempunyai indeks GI yang sederhana dan rendah perlu diambil untuk mengelakkan kesan turun naik melampau paras gula dalam darah beberapa kali dalam sehari disebabkan rangsangan insulin berlebihan.

Beliau berkata, terdapat kaedah yang boleh menurunkan nilai GI dalam hidangan termasuk pengambilan suplemen yang boleh menyekat atau melambatkan penghadaman karbohidrat iaitu suplemen yang menyekat enzim alfa amylase seperti Ekstrak Kacang Ginjal Putih (Phaseolus vulgaris) sebelum pengambilan nasi.

“Dengan pengambilan suplemen berkenaan, ia mampu menyelesaikan masalah perut buncit dan kegemukan akan berkurangan secara beransur-ansur,” katanya.

Phaseolus vulgaris biji kacang diet

10 KOMEN

  1. Comments

    comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini