25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

KARIER POLITIK ANWAR TAMAT, DAP ANGGAP MAHATHIR LAGI PENTING BERBANDING ANWAR

Suatu masa lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi ikon pembangkang, malah beliau disebut sebagai bakal Perdana Menteri jika pakatan harapan yang ketika itu diketuai oleh PKR menguasai Putrajaya.

Kemana sahaja forum atau ceramah yang mereka hadiri, pembangkang terutama dari PKR akan melaungkan pembebasan Anwar.

Disebabkan Anwar juga, maka seminar mengenai pemikiran Anwar Ibrahim telah dicadangkan pada bulan lepas, namun ia dibatalkan pada saat akhir selepas mendapat kecaman ramai.

Namun setelah Tun Dr. Mahathir bergabung dengan pembangkang, cerita mengenai Anwar semakin lama semakin dilupakan. Anwar umpama disisihkan dan sudah dianggap kain buruk oleh DAP.

Pembangkang hari ini bukan lagi diketuai oleh PKR tetapi diketuai oleh DAP. Ke mana sahaja, Kit Siang pergi maka akan dibawalah bersamanya screwnya iaitu Mahathir.

Apatah lagi dengan keputusan mahkamah semalam yang menolak rayuan Anwar. Keputusan 5-0.

Maka peluang untuk Anwar bebas daripada hukuman penjara selama lima tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan meliwat, sudah tertutup.

Anwar hanya boleh aktif dan bertanding dalam politik selepas tahun 2023, iaitu pada usianya sudah 76 tahun.

Dengan perkembangan berkenaan, ramai yang melihat kini legasi Lim Guan Eng dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menguasai pakatan. Begitu juga dengan legasi Rafizi Ramli, beliau juga dikatakan akan terpinggir tidak lama lagi.

Dan di sebalik semua keadaan ini, nama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali akan naik selepas ini.

Jangan terkejut, kerana Azmin juga selama ini disifatkan sebagai anak angkat Mahathir. Melihat kepada keadaan terbabit, kita boleh melihat betapa liciknya percaturan politik Mahathir.

Dalam diam diam Mahathir hendak khianati DAP, kalau calon pilihan pertama Mahathir iaitu Muhkhriz gagal jadi PM maka Mahathir pada Azmin Ali sebagai calon keduanya menjadi PM.

Tindakan Mahathir berbaik dengan pembangkang terutama DAP, walaupun menerima kecaman daripada orang Melayu, ternyata semakin menunjukkan `kejayaan’ terutama dalam usaha untuk menaikkan anaknya, Mukhriz.

Sebab itulah Mahathir tidak menamakan siapa Perdana Menteri jika pembangkang menguasai Putrajaya. Meskipun sebelum ini Mahathir mencadangkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mahathir bagaimanapun telah menukar fikiran.

Tindakan Mahathir membuat pusingan `U’ itu adalah satu cara untuk menyatakan bahawa Mukhriz sebenarnya berpotensi untuk menjadi Perdana Menteri.

Bagi Anwar pula, tatkala DAP mengangkat Mahathir untuk bersama-sama dengan mereka, dan melupakan semua `dosa-dosa’ Mahathir kepada pembangkang ketika 22 tahun memerintah, maka itulah saat di mana Anwar Ibrahim telah dipinggirkan.

Malah kerjasama antara DAP dan Mahathir juga menunjukkan bahawa Anwar tidak lagi penting.

Untuk rekod, pada Rabu, Mahkamah Persekutuan berpendirian bahawa ti­dak berlaku salah laksana keadilan dalam rayuan kes liwat II Anwar Ibrahim yang memerlukan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, disemak dan diketepikan.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata, keputusan panel terdahulu yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 adalah selamat kerana tidak dipengaruhi oleh pihak-pihak lain termasuk Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Kerjaya politik boleh dikatakan hampir ke titik noktah. Dulu Mahathir pernah cuba letak titik noktah pada Anwar tapi Anwar “mai balik” selepas itu.

Kali ini, Mahathir akan gunakan dirinya sendiri untuk menamatkan karier Anwar. Jika gagal maka plan B Mahathir adalah menjadikan Azmin sebagai Presiden PKR.

Meloponglah Wan Azizah, Rafizi dan Nurul Izzah, karier politik mereka juga di hujung tanduk jika Anwar sudah tidak lagi relevan.

Mahathir kini sudah jadi Dark Vader, berperangai lebih jahat dari Anwar sendiri untuk menjatuhkan Dato Seri Najib. Kejahatan DAP sudah diampun, dosa liwat Anwar yang masih belum dimaaf Mahathir.

Apa Mahathir dapat dengan berbuat semua kejahatan ini? Hanya satu yang dia dapat iaitu memecah belahkan bangsa Melayu dan menjadikan DAP lebih kuat sebagai parti chauvinis di negara ini.

20161215-anwar-mahkamah-persekutuan-tolak

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan