Karpal Gelar Nik Aziz ‘Orang Tua Tagih Publisiti’ - pakdin.my

Apapun, kemelut isu hudud terus bergelora dalam pakatan pembangkang.

Siang tadi, Karpal Singh yang anti hukum hudud menggelar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai orang tua yang menagih publisiti dengan pengumuman mengejutkan itu.

Dalam sidang medianya hari ini di Ayer Itam, Pulau Pinang, Karpal terus menimbulkan persoalan, mengapa pelaksanaan hukum hudud tiba-tiba timbul kembali selepas dikuburkan dalam Muktamar PAS yang lalu?

“Saya tidak tahu mengapa Nik Aziz secara tiba-tiba membuat kenyataan sedemikian, sama ada ia turut membayangkan pendirian PAS, atau hanya kenyataan dari orang tua yang perlukan perhatian. Betul, tiada perkataan yang lebih baik boleh saya katakan, beliau seorang tua yang memang dahagakan perhatian.”

Beliau mahu PAS menjelaskan pendirian rasminya berhubung undang-undang Islam itu supaya rakyat dan juga pemimpin pakatan pembangkang tidak keliru.

Katanya, kata-kata dari orang kuat sesebuah parti tidak akan dilihat sebagai pandangan peribadi.

Justeru, beliau mahu pakatan pembangkang mengadakan sidang tergempar untuk membincangkan perkara berkenaan.

UTAMABERITAKarpal Gelar Nik Aziz 'Orang Tua Tagih Publisiti'

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium