Karpal Minta Kerajaan PAS Kedah Tidak ‘Kocak Keadaan’ Dengan Menetapkan Peraturan Berpakaian - pakdin.my

karpal kalimah allahPengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini berkata beliau berharap kerajaan Kedah yang diterajui PAS tidak ‘mengocak keadaan” dengan cuba menetapkan peraturan berpakaian, memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

Beliau berkata keputusan kerajaan Kedah mengenakan peraturan berpakaian bagi artis yang mengadakan persembahan pada majlis sempena sambutan Tahun Baharu Cina adalah melampaui norma biasa.

“Cara berpakaian adalah sesuatu yang bersifat peribadi, sesuatu yang ditentukan sendiri oleh seseorang.

“Ia bukan sesuatu yang boleh ditetapkan dan disuruh di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Setelah mendapat bantahan berhubung perkara itu, kerajaan Kedah membatalkan peraturan berkenaan pada 15 Jan dan membenarkan artis lelaki dan wanita mengadakan persembahan asalkan mereka berpakaian sopan, termasuk tidak mendedahkan ketiak, dada dan paha.

Karpal Singh juga menggesa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Majlis Syura mengkaji semula ketetapannya bahawa perkataan Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Malaysia kerana gabungan pembangkang yang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencapai persetujuan bahawa perkataan itu boleh diguna dalam Bible bahasa Malaysia.

UTAMAPOLITIKKarpal Minta Kerajaan PAS Kedah Tidak 'Kocak Keadaan' Dengan Menetapkan Peraturan Berpakaian

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium