Karpal mula bimbang senario berebut kerusi #PRU13 - pakdin.my

Pengerusi DAP, Karpal Singh mula bimbang dengan senario perebutan kerusi dalam kalangan parti-parti pembangkang kerana ia boleh mengundang kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, wujudnya pertembungan sesama parti pembangkang di satu-satu kawasan ia sudah pasti menyukarkan pakatan itu mencatatkan keputusan yang lebih baik.

“Dalam bab pengagihan kerusi yang menjadi perbualan ketika ini, perlu ada sikap tolak ansur tentang parti mana yang layak bertanding di sesuatu kawasan.

“Ini perlu supaya situasi pertembungan sesama sendiri dapat dielakkan walaupun tidak semua akan berpuas hati,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut perebutan kerusi yang berlaku dalam pakatan pembangkang di beberapa negeri khususnya membabitkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

wan-azizah-karpal

UTAMAPOLITIKKarpal mula bimbang senario berebut kerusi #PRU13

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium