30 C
Kuala Lumpur
Friday, December 4, 2020

Karpal Singh Maut Kemalangan Jalanraya

karpal-singh-maut-dekat-kampar-1
Peguam kanan terkenal yang juga Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Pulau Pinang, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Gua Tempurung, Tapah awal pagi Khamis.

Karpal, 74, bekas pengerusi DAP, maut serta merta di tempat kejadian akibat cedera parah dalam nahas yang berlaku kira-kira jam 1 pagi tadi itu.

Kemalangan itu turut meragut nyawa pembantu beliau, Michael Cornelius, 39 tahun.

Anak sulung Karpal, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo mengesahkan pemergian bapanya melalui satu kenyataan di akaun Twitter beliau pada pukul 3.40 pagi ini.

Karpal dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bersama seorang lagi anak lelakinya, Ramkarpal Singh untuk mengendalikan satu kes mahkamah pagi ini.

Menurut jurucakap polis, kemalangan dikatakan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard putih yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.


twit-najib-karpal-mati

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengucapkan takziah melalui akaun Twitter beliau sebaik mengetahui berita kematian Karpal.

“Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau,” tulis Najib dalam tweetnya.

Ramkarpal, juga seorang peguam, dan pemandu kereta yang mereka naiki dilaporkan cedera.

Menurut laporan, Toyota Alphard yang mereka naiki itu rosak teruk.

Karpal sebelum ini pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada tahun 2005 yang menyebabkan beliau lumpuh dan sejak itu menggunakan kerusi roda.

Karpal baru-baru ini melepaskan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP kerana mematuhi Akta Pertubuhan yang menghalang seseorang memegang jawatan setelah disabitkan bersalah di bawah Akta Hasutan 1948 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu.

Mendiang meninggalkan seorang balu dan lima orang anak termasuk Gobind dan ADUN DAP Datuk Keramat, Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo.


Karpal dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang pada 28 Jun 1940 dan menerima pendidikan awal di St Xavier’s Institution sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).

Beliau menyertai profesyen guaman pada 1969 sebelum menyertai DAP tahun berikutnya.

Tujuh tahun kemudian, beliau menang kerusi Parlimen Jelutong pada 1978 dan kekal di kerusi tersebut sehingga tahun 1999 sebelum bertukar ke Bukit Gelugor.

Sebagai seorang peguam kanan, Karpal pernah terbabit dalam banyak kes berprofil tinggi, termasuk menjadi peguambela utama dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mendiang Karpal juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Ops Lalang pada Oktober 1987.

Dengan pemergian beliau, Malaysia kehilangan tokoh yang disegani kerana walaupun seorang pemimpin pembangkang yang lantang mengkritik kerajaan, Karpal tetap profesional dan menghormati undang-undang sebagaimana yang telah dibuktikan beliau semasa hayatnya.

karpal-singh-maut-dekat-kampar-2

LAPORAN KEMALANGAN MAUT JALANRAYA


1. No Rpt:Trafik Kampar Rpt:
960/14
2. Tkh: 17/04/2014
3. Masa: 0110hrs
4. Lokasi: KM 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah (Utara)
5. Sek APJ: Sek 41 (1) APJ 1987
6. Kend Terlibat:
K1: M/Mpv No.KS 9898
(Toyota Alphard)
K2: M/Lori No. WTL 9909
(Mitsubishi Canter – 5 tan)
7. Mangsa:
M1: Nama: Karpal Singh A/L Ram Singh (penumpang MPV/maut)
Kpt: 400628-07-5079
Umur:74thn
Alamat: No.144 A,
Jalan Utama
10450, Georgetown,
Pulau Pinang
M2: Nama: dikenali sebagai Michael – pembantu peribadi (penumpang MPV/maut)
M3: Nama: (1) (P) Indonesia – pembantu rumah (penumpang/cedera parah) dirawat d Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Kpt: belum diperolehi
Umur: –
Alamat:-
M4: Nama: Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh (penumpang MPV/tidak cedera)
Kpt: 760409-07-5211
Umur: 38thn
Alamat: 14-1-4 City Gardens Persiaran Raja
Chulan, 50200, W. P.
M5: Nama: C.Selvam. (pemandu MPV /tidak cedera)
Kpt: Warganegara India
Umur: 27thn
Alamat: –
M6: Nama: Abu Mansor bin Mohd
(pemandu M/Lori/cedera)
Kpt: 690830-05-5 053
Umur: 45thn
Alamat: No 528 Blok B,
Flat Petaling Utama 13, 46000 Petaling Jaya,
Selangor
M7: Nama: Nur Azlina Ahmad (penumpang M/Lori/tidak cedera)
Kpt: 910829-08-6356
Umur: 23thn
Alamat: No 17-12 Blok C
PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota
Damansara 47810
Petaling Jaya,Selangor
M8: Nama: Nurieman Diana Qhaleesha binti
Abdullah
(penumpang M/Lori/tidak
cedera)
Kpt: 101230-10-2508
Umur: 4thn
Alamat: No 17-12 Blok C
PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota
Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor

8. Ringkasan/Siasatan Awal:

Pada 17/04/2014 jam lebih kurang 0110hrs satu kemalangan maut telah berlaku di KM306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (Hala Utara/Gua Tempurung) melibatkn sebuah M/MPV jenis Toyota Alphard dgn sebuah M/Lori jenis Mitsubishi Canter (5 tan/muatan simen,besi,mozek). Berpandukan siasatan awal mendapati M/MPV yang dipandu bersama 4 orang penumpang yang datang dari arah K/Lumpur menghala ke Ipoh apabila sampai ditempat kejadian telah hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan M/Lori di lorong kiri jalan yang menghala ke arah yang sama. Akibat kemalangan penumpang hadapan M/MPV (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan Pembantu Peribadi beliau penumpang belakang belakang sebelah kiri telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang perempuan Indonesia dipercayai pembantu rumah mengalami kecederaan parah dan dirawat di Zon Merah HRPB, Ipoh.

Siasatan:
1) Keadaan jalan lurus / mendaki bukit
2) Cuaca baik / gelap tanpa lampu
3) Kerosakan M/MPV teruk dibahagian hadapan sebelah kiri manakala M/Lori rosak dibahagian belakang sebelah kanan.
4) Semakan keatas M/MPV mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas – pandu laju di bawah Seksyen 079 (2) APJ 1987 (15 saman belum jelas).

Peg Penyiasat:
ASP Abd Aziz Abd Rahman
KBKA/KTD
IPD Kampar

Berita Berkaitan

Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di...

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...