Kartunis dapat geran RM5 juta - pakdin.my

Konsortium Cartoonist At Work (CAW)

Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan mengumumkan pemberian dana RM5 juta kepada Konsortium Cartoonist At Work (CAW) untuk menerbitkan filem animasi pendek, poster, buku, komik dan karikatur yang bertemakan cara hidup rakyat Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Utama, Dr Rais Yatim ketika mengumumkan demikian pada Selasa, berkata, selain tema cara hidup rakyat Malaysia, kementerian menggalakkan penerbitan komik satira atau cerita sindiran berbentuk humor mengenai peneroka Felda, orang kampung serta  hikayat-hikayat dalam kesusasteraaan Melayu seperti Hang Tuah.

Rais berkata demikian ketika berucap pada majlis makan tengahari bersama Konsortium CAW yang dihadiri kira-kira 50 orang kartunis terkenal tanahair. Konsortium CAW adalah gabungan sepuluh syarikat milik penuh kartunis tanah air berpengalaman yang bersedia mengeluarkan produk kartun dan animasi masing-masing untuk bersaing dengan syarikat-syarikat animasi yang sedia ada.

Menurut Rais, pemberian dana RM5 juta itu adalah sebagai langkah permulaan dalam usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membimbing industri animasi supaya berkembang maju.

Katanya RTM dan Bernama TV akan membantu CAW di segi pemasaran supaya produk-produk konsortium ini dapat disiarkan dan berharap syarikat penyiaran lain seperti TV3 dan TV9 juga memberikan sokongan.

“Sekurang-kurangnya indusri kartun di tanahair tidak habis pada kertas tetapi dapat dijelmakan dalam bentuk animasi dan filem-filem pendek yang menarik masyarakat kita. Upin dan Ipin adalah contoh produk yang boleh kita banggakan, tetapi itu tidak mencukupi Kita kena wujudkan yang lain,” tambahnya.

UTAMABERITAKartunis dapat geran RM5 juta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium