Katanya lebih 3 dekad Husam dibiayai sindiket judi diketuai sekutu rapat Mahathir? - pakdin.my

Reputasi Husam dan Mahathir.
Sila saman laporan Malaysia-Today.net jika perkara ini tidak betul.

Sindiket perjudian Cina yang jumlah berbilion ringgit ini membiayai Husam lebih dari tiga dekad yang diketahui oleh Bukit Aman dan ada saksi telah menawarkan untuk memberi keterangan

Husam juga terlibat dengan seseorang pemimpin Umno yang sekarang ini menghadapi tuduhan jenayah. Pemimpin Umno ini adalah proksi kepada sindiket perjudian Cina ini dan diketuai oleh sekutu yang sangat rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan yang memiliki 50,000 buah mesin slot di seluruh Malaysia.

Perniagaan judi mesin slot ini adalah satu industri yang jumlahnya berbilion-bilion ringgit dan Husam menerima pembiayaan dari sindiket ini semenjak tahun 1980an lagi. Jika Husam mengistiharkan bahawa dia terlibat dalam rundingan derma RM90 juta dari Najib, PAS akan mengeluarkan isu sindiket judi yang membiayai Husam selama tiga dekad.
[adinserter block=”13″]
Isu ini semakin hari semakin menarik dan ianya akan berakhiri dengan siapa yang kecut dulu. Adakah Husam atau pun PAS. Mengenali Husam, berkemungkinan besar dia yang akan mengalah dan ‘back down’. Perkara yang terakhir yang patut dielakkan adalah parti yang mengelarkan diri mereka parti Islam, dimana pemimpin mereka yang penting itu didedahkan terlibat dalam sindiket perjudian.

UTAMAPOLITIKKatanya lebih 3 dekad Husam dibiayai sindiket judi diketuai sekutu rapat Mahathir?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium