Kaum India Diingatkan Tidak Salah Pilih Kerajaan Pada Pilihanraya Akan Datang - pakdin.my

Kaum India di negara ini diingatkan agar berhati-hati ketika memilih kerajaan pada pilihan raya umum akan datang agar tidak menyesal di kemudian hari.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata pilihan harus dibuat bukan saja berdasarkan rekod dan kejayaan dalam mentadbir negara, tetapi juga sumbangan terhadap semua kaum.

“Nak ubah kerajaan ini senang tapi kita kena fikir risiko yang akan dihadapi. Oleh itu, jangan mudah terpedaya dengan janji pihak pembangkang. Pada pilihan raya umum ke-13 ini saya minta kaum India supaya mengundi Barisan Nasional (BN) 100 peratus,” katanya kepada Bernama, di sini Ahad malam.

D’Cruz yang ditemui selepas menutup program Komuniti Sihat 1Malaysia anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di dewan orang ramai Kampung India, Bukit Pelandok, juga berkata berdasarkan maklum balas, sokongan kaum India kepada BN semakin meningkat, khususnya di kawasan estet dan luar bandar.

Terdahulu ketika berucap, D’Cruz berkata program Komuniti Sihat 1Malaysia bertujuan memberi kesedaran kesihatan dan mewujudkan masyarakat yang sihat.

Program sehari itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti rawatan kesihatan, pameran kesedaran kesihatan, sukan rakyat, lawatan kesihatan dari rumah ke rumah dan malam kebudayaan.

UTAMABERITAKaum India Diingatkan Tidak Salah Pilih Kerajaan Pada Pilihanraya Akan Datang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium