24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2020

Kawalan bantu KKM selepas orang ramai tak laksana nasihat langkah pencegahan

Keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan diharap dapat membantu Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memantapkan kawalan bagi menangani penularan Covid-19 yang melanda negara ketika ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata melalui perintah bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dan Akta Polis, KKM dapat melaksanakan sekatan pergerakan untuk mengelak rangkaian penularan penyakit itu seperti di perhimpunan awam.

“Nasihat untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan menjaga kebersihan telah lama disaran oleh KKM tetapi orang ramai masih tidak melaksanakan amalan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa mulai 18 hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.

Setakat 12 tengah hari tadi, sebanyak 125 kes positif baru dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di Malaysia meningkat kepada 553 kes.

………….

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;
Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;

Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;

Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;

Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan

Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Antara orang yang gagal melaksanakan langkah pencegahan gelombang pertama sehingga penularan menjadi lebih teruk di gelombang kedua:

https://malaysiagazette.com/2020/01/26/terkini-dua-juta-pelancong-china-kita-nak-letak-mana-takkan-buh-kat-kandang-lembu-tun-m/

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/02/544171/tak-perlu-risau-kemasukan-kapal-persiaran-anthony

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/koronavirus-tiada-rancangan-halang-kemasukan-rakyat-china-buat-masa-ini-tun-m-228995

https://www.sinarharian.com.my/article/70950/KHAS/Koronavirus/Covid-19-Tiada-sekatan-terhadap-kemasukan-rakyat-China

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/650126/coronavirus-tiada-keperluan-hantar-pulang-rakyat-china-di-malaysia

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/649090/jangan-diskriminasi-pelancong-china

https://m.malaysiakini.com/news/508519

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan