28.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Kawalan di lokasi tumpuan sekitar KL ditingkatkan

bom-jakarta-kawalan-ketat-kuala lumpur 2

Polis Kuala Lumpur meningkatkan kawalan keselamatan di lokasi tumpuan termasuk pusat beli belah dan pusat hiburan sekitar ibu negara dengan menempatkan lebih ramai anggota termasuk pasukan Unit Anjing Pengesan (K9).

Ini sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan lokasi yang turut menjadi tumpuan pelancong asing bebas daripada sebarang unsur yang boleh menggugat keselamatan orang ramai dan harta benda awam.

Penugasan kawalan dan rondaan ini dilakukan 24 jam bagi memastikan orang ramai berasa selamat dengan kehadiran polis berhampiran mereka.

Antara lokasi yang diberi tumpuan adalah sekitar kawasan Bukit Bintang yang sering dikunjungi orang ramai terutamanya pada cuti hujung minggu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Isa ketika dihubungi BH, tadi memberitahu selain meningkatkan rondaan dan kawalan, sekatan jalan raya turut dibuat di beberapa laluan sekitar bandar raya.

“Kita minta orang jangan bimbang kerana ini adalah prosedur biasa yang kita lakukan sebagai langkah berjaga-jaga dan jaminan untuk keselamatan awam termasuk pelancong asing.

“Pada waktu-waktu puncak, kita akan tambah jumlah anggota di lapangan termasuk anggota dari unit K9 dan dibantu anggota Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) Kuala Lumpur,” katanya.

bom-jakarta-kawalan-ketat-kuala lumpur

Ketika ditanya kekuatan anggota polis yang ditugaskan untuk tujuan itu, Tajudin berkata, jumlahnya dua kali ganda daripada hari biasa.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi satu kenyataan kelmarin memberitahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkan kesiapsiagaan serta meningkatkan kawalan dan pemantauan keselamatan di seluruh negara berikutan serangan bom di Jakarta, Indonesia, pagi kelmarin.

Beliau berkata, PDRM sememangnya sudah menempatkan pegawai dan anggota di kawasan yang dirasakan berisiko sejak beberapa insiden letupan yang berlaku sebelum ini namun ia ditingkatkan lagi susulan kejadian di negara jiran itu.

Katanya, tumpuan kawalan adalah lokasi yang menjadi tumpuan ramai seperti pusat beli-belah dan kawasan pelancongan termasuk kawasan pintu masuk dan keluar sempadan juga ditingkatkan sebagai satu usaha mengekang cubaan serangan dan jenayah lain.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

Wan Fahysal jangan angkuh, jangan melampau – Asyraf Wajidi

Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 +...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan