32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

Kawasan Bandar Di Selangor Berdepan Risiko Banjir Kilat, Kata Mohd Zin @zinmohamed

SHAH ALAM  — Beberapa kawasan bandar di Selangor bakal berdepan dengan risiko banjir kilat menjelang musim tengkujuh Disember ini ekoran kegagalan kerajaan negeri menangani masalah sampah di negeri itu, kata Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

Beliau mendakwa kegagalan kerajaan Selangor menguruskan pungutan sampah terutamanya di kawasan Lembah Klang akan menyebabkan berlaku masalah timbunan sampah di kawasan longkang dan sungai sehingga boleh mengakibatkan kejadian bencana itu.

“Sekiranya masalah sampah ini berlarutan dan tiada tindakan sewajarnya diambil sehingga musim tengkujuh pada Disember ini, akan berlaku limpahan air akibat timbunan sampah di kawasan saluran air seperti longkang dan sungai,” katanya dalam sidang media di sini Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Zin berkata masalah sampah itu masih berlarutan berdasarkan laporan yang diterima melalui talian Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) BN Selangor yang mencatatkan sekurang-kurangnya 66 aduan setiap hari.

“Pakar terima purata 220 panggilan setiap hari di mana 30 peratus darinya berkaitan masalah pungutan dan pengurusan sampah dan sehingga hari ini tiada usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Berita Berkaitan

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan