25.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

KDN Akan Bentang Undang-Undang Perangi Hina Islam & Institusi Raja

7_wasiat_raja_melayu

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dijangka membentangkan rang undang-undang baharu dalam usaha memerangi penyebaran fitnah dan penghinaan ke atas agama Islam serta institusi diraja, khasnya daripada media alternatif.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini susulan peningkatan kes seumpama itu sejak kebelakangan ini selain pendirian kerajaan untuk tidak mengharamkan mana-mana media alternatif secara melulu.


“Perkara ini seringkali berlaku dan perlu ditangani segera. Jadi bila dibentangkan di Dewan nanti, harap ia disokong,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) (Pindaan) 2013 di Dewan Negara, di sini, Khamis.

Rang Undang-Undang SOSMA dibentangkan bagi meminda dua seksyen dalam Akta tersebut iaitu Seksyen 6 dan Seksyen 30 yang bertujuan memperkukuh tindakan yang boleh diambil terhadap penjenayah.

Pindaan ke atas Seksyen 6 bertujuan mengehadkan kebenaran untuk membuat pintasan komunikasi hanya ke atas maklumat berkaitan jenayah dan keselamatan dan bukan untuk tujuan politik.

Tegas Dr Wan Junaidi, sebarang pintasan komunikasi daripada pemberi perkhidmatan hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dan bukannya mana-mana pegawai polis termasuk Ketua Polis Negara.


“DPP dipilih kerana ia sebuah badan yang bebas daripada pengaruh politik dan kerana itu perlu rujuk kepada mereka untuk sebarang pintasan,” tegasnya.

Beliau berkata sebaik pintasan dibuat, DPP akan membuang apa sahaja maklumat komunikasi bersifat peribadi, politik dan hanya menjurus kepada jenayah serta tujuan keselamatan.

Sementara itu Seksyen 30 bertujuan membuat pindaan kecil pada teks membabitkan penterjemahan. Berdasarkan seksyen itu DPP dibenarkan untuk membuat rayuan dalam tempoh 10 hari agar mana-mana individu yang dibebaskan oleh mahkamah sebelum ini, tidak meninggalkan negara bertujuan untuk membantu siasatan.


Pindaan terhadap kedua-dua seksyen di bawah SOSMA itu kemudian diluluskan.

Selain itu, persidangan Dewan Negara hari ini turut meluluskan Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) 2013.

Berita Berkaitan

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan