KDN kaji gugur status agama dalam kad pengenalan ekoran gesaan Senator dari DAP - pakdin.my

Kalau cadangan dari DAP kerajaan kena kaji untuk laksanakan. Jangan sesekali di tolak kerana mereka hampir menguasai kerajaan rejim Pakatan Harapan DAP dan sudah tentu sayap DAP, PAN akan menyokong dan perjuangkan cadangan tersebut.

PPBM usah diharap lah untuk mempertahan kerana mereka cuma ada 13 kerusi Parlimen. PKR pula ahlinya ramai dari kalangan kaum sekutu DAP.

…………….

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji dan memperhalusi terhadap cadangan Ahli Jawatankuasa DAP negeri, Nga Hock Cheh supaya kerajaan menggugurkan status agama dalam kad pengenalan.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini bukan kali pertama perkara itu disuarakan namun tidak ada perubahan dilakukan selepas perbincangan dibuat membabitkan perkara tersebut.

Katanya, setakat ini pihaknya masih belum menerima secara rasmi cadangan daripada seorang senator DAP supaya menggugurkan identiti bangsa dalam kad pengenalan.

“Ada pandangan yang mengatakan pandangan senator itu bertentangan dengan Perlembagaan berkaitan pasal hak keistimewaan melayu. Kalau isu itu diteruskan dan pindaaan dilakukan mungkin boleh timbul perkara sensitif yang menyentuh sesuatu kaum dan kaum lain.

“Jadi kita kena halusi perkara itu. Buat sementara itu, saya hendak nyatakan kita kekalkan status pendaftaran di mana soal latar belakang penama sama ada Cina, Melayu dan India kita masukkan di dalam kad pengenalan,” katanya dalam sidang akhbar dalam Majlis Bersantai Bersama Pemimpin dan Pelancaran Buku Bersatu Mulanya Di sini di Hotel Thistle, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau menghormati pandangan yang disuarakan Hock Cheh namun akan menjalankan kajian secara mendalam sebelum membuat apa-apa keputusan.UTUSAN ONLINE

Rujukan:
Cadangan Hock Cheh berniat jahat
http://m.utusan.com.my/berita/politik/cadangan-hock-cheh-berniat-jahat-1.890114

UTAMAPOLITIKKDN kaji gugur status agama dalam kad pengenalan ekoran gesaan Senator dari...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium