Surat Palsu – KDN Nafi Beri Taraf Kerakyataan Kerana Pilihan Raya

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN), menafikan dakwaan kononnya ia sewenang-wenangnya meluluskan pemberian taraf kerakyatan untuk tujuan pilihan raya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong memberitahu pemberita di sini hari bahawa pemberian taraf kerakyatan adalah berdasarkan kepada perlembagaan sedia ada dan tidak diberikan secara sesuka hati.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang kononnyaUmno cuba mendapatkan kerakyatan Malaysia untuk tidak kurang 2,000 penghuni tetap di Hulu Selangor bagi mengukuhkan sokongan kepada parti itu pada pilihan raya akan datang.

Lee berkata walaupun ada warga asing yang sudah menjadi penduduk tetap, mereka boleh memohon taraf kerakyatan tetapi belum tentu ia diluluskan.

“Jadi tidak wujud isu pemberian taraf kerakyatan semata-mata untuk tujuan pilihan raya,” katanya.

P/s: Harap pihak polis boleh membuat siasatan mengenai surat palsu menggunkan kepala surat UMNO Bahagian Hulu Selangor dan penipuan tandatangan. Sumbat YB Zuraida dalam penjara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here