31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

KDN siasat dakwaan Suaram sogok pegawai kerajaan @SUARAM_INTL

Orang kuat di sebalik isu kapal selam : Pengrah Eksekutif SUARAM , Cynthia Gabriel (tengah) dan kanan, Fadiah Nadwa Fikri, peguam cabang PKR, Lawyers for Liberty (LFL)Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat dakwaan penjawat awam menerima wang sogokan daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebagai habuan kepada penyaluran maklumat rahsia negara.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemantauan yang berterusan akan dijalankan terhadap sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

“Saya tidak boleh sahkan atau nafikan dakwaan itu tetapi kita akan pantau perkara-perkara yang sensitif melibatkan kepentingan negara sama ada maklumat, wang ringgit dan juga orang-orang luar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Wanita di sebuah sekolah di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan akhbar oleh Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah semalam yang mendakwa sejumlah RM100 juta dana asing dipercayai telah dibawa masuk sepanjang operasi Suaram di negara ini.

Wang tersebut juga dipercayai digunakan untuk merasuah beberapa kakitangan kerajaan dalam membuat keputusan yang memihak kepada kepentingan sekutu Suaram serta mendapatkan maklumat dan rahsia kerajaan dalam negara.

Sementara itu, Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan tindakan sesetengah pihak yang mempolitikkan isu majlis kenduri kahwin anak lelaki Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

“Saya nak ingatkan orang ramai kalau kita nak berpolitik pun ada had dan batasan dan jangan kita terikut-ikut amalan kebencian dan serangan peribadi sehingga kerja kahwin pun dipolitikkan,” katanya

“Esok saya akan jumpa Ali Rustam dan beritahu jangan kecewa kerana benda ini (sengaja ditimbulkan) kerana musim politik,” katanya.

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,357PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan