30 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

KDN Timbang Tiga Bentuk Tindakan Terhadap Zuraida

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menimbang bentuk tindakan terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin kerana melemparkan tuduhan berat ke atas kerajaan berhubung Program 6P.

Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam berkata sehingga kini masih tiada laporan polis dibuat bagi mengemukakan bukti berkaitan dakwaan beliau wujud “skrip bersumpah” yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar pada Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Beliau berkata tindakan yang dipertimbangkan itu adalah sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap beliau.

“KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekaligus, dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut bahawa inisiatif kerajaan menerusi Program 6P ini sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Minggu lepas, Zuraida mendakwa bahawa hasil siasatan PKR mendapati Program 6P mensyaratkan PATI supaya membaca ‘skrip bersumpah’ menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional sebagai sebahagian proses pemutihan.

Zuraida mendakwa kononnya Program 6P adalah muslihat kerajaan untuk mengumpul pengundi bagi pilihan raya umum akan datang.

Mahmood berkata Program 6P adalah inisiatif nasional yang tidak bermotifkan politik, sebaliknya ia bertujuan mendapatkan data biometrik setiap PATI untuk rasional keselamatan, khususnya dalam menangani masalah membabitkan kes pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan antarabangsa.

KENYATAAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI

18 August 2011

Kenyataan Media/Akhbar

TAN SRI MAHMOOD ADAM
Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri

KEMENTERIAN DALAM NEGERI MINTA PKR BUKTIKAN PROGRAM 6P JUAL KEDAULATAN NEGARA

Kuala Lumpur, 19 Ogos 2011
_________________________________________________________________________

1. Merujuk berita yang disiarkan akhbar Sinar Harian semalam (Khamis, 18 Ogos 2011) bertajuk “PKR DAKWA PROGRAM 6P SELUDUP PENDATANG”, Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin supaya tampil mengemukakan bukti-bukti jelas kepada KDN atau sebaliknya membuat laporan polis berhubung segala dakwaan yang dinyatakan beliau menerusi laporan tersebut.

2. Antara lain, Zuraida dipetik berkata bahawa hasil siasatan PKR mendapati Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau singkatannya Program 6P mensyaratkan PATI supaya membaca ‘skrip bersumpah’ menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional sebagai sebahagian proses pemutihan.

3. Beliau turut dipetik berkata bahawa pada skrip berkenaan, tertulis dengan jelas teks “Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi UMNO/BN” yang didakwa beliau sebagai diperolehi daripada ahli PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu. Justeru, Zuraida menyelar Program 6P sebagai muslihat jelas Kerajaan untuk menyeludup pengundi dan sekali gus melabelkannya sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan Negara.

4. Susulan laporan tersebut, KDN menyifatkan dakwaan Zuraida sebagai satu tuduhan berat kepada kepentingan Negara, kerana Program 6P adalah inisiatif nasional yang tidak bermotifkan politik, sebaliknya bertujuan mendapatkan data biometrik setiap PATI untuk rasional keselamatan, khususnya dalam menangani masalah membabitkan kes-kes pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan antarabangsa.

5. Selain itu, dengan menggunakan data biometrik yang diambil daripada proses pendaftaran Program 6P ini juga, keupayaan serta keberkesanan proses penguatkuasaan dalam menangani keberadaan PATI di dalam negara juga dapat ditingkatkan secara lebih berkesan dan ini terbukti dengan kejayaan kita menangani beberapa jenayah rentas sempadan khususnya pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia sejak sistem biometrik dikuatkuasakan di semua pintu masuk negara.

6. Justeru, KDN tidak akan berkompromi kerana Program 6P bukan agenda politik tetapi ia sebaliknya adalah inisiatif penting yang menjurus kepada aspek kepentingan rakyat khususnya keselamatan Negara.

Tamat/.

http://portal.ikdn.gov.my/2011/08/kenyataan-ketua-setiausaha-kementerian-dalam-negeri/

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan