Malaysia masih mampu mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.7 peratus tahun ini, meskipun negara menghadapi situasi ekonomi yang mencabar sejak tahun lalu.
Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Zakariah Abdul Rashid berkata, pertumbuhan negara akan terus dipacu oleh perkembangan ekonomi domestik, selain dibantu asas ekonomi yang kukuh.
Menurutnya, pertumbuhan KDNK yang dibuat oleh institut itu adalah berdasarkan harga minyak yang diunjurkan oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak AS$47.97 (RM205.79) setong sementara nilai ringgit antara RM4.20 hingga RM4.30 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
“Negara ketika itu menerima kesan akibat isu-isu kestabilan jangka pendek yang telah menjejaskan sentimen dan keyakinan terhadap ekonomi. Namun, struktur ekonomi negara untuk jangka masa panjang masih kukuh,” katanya ketika membentangkan prospek ekonomi negara di sini hari ini.
Jelasnya, beberapa isu yang harus distabilkan termasuklah keadaan kecairan tempatan, penyusutan nilai ringgit, pengeluaran portfolio atau pegangan saham asing serta pengecilan lebihan akaun semasa negara.
Dalam pada itu, Zakariah berkata, bilangan individu, syarikat serta perniagaan yang layak berdaftar dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) perlu ditingkatkan bagi membaiki sumber pendapatan kerajaan yang terjejas ekoran kejatuhan harga minyak dunia.
Katanya, kerajaan tiada pilihan selain meningkatkan lagi kutipan cukai, namun bukan dengan menaikkan kadar GST kerana rakyat sedang menghadapi tekanan kenaikan kos hidup.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 esok sebagai respon terhadap kejatuhan harga minyak dunia kepada paras terendah sejak 12 tahun. Bajet 2016 yang dibentangkan pada Oktober 2015 adalah berlandaskan harga minyak dunia AS$48 (RM206) setong, namun harga komoditi itu kini didagangkan sekitar AS$28 (RM120) setong.
Malaysia dianggarkan kehilangan pendapatan sebanyak RM300 juta bagi setiap penurunan AS$1 (RM4.29) setong harga minyak dunia.
Mengulas mengenai penyertaan Malaysia ke dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Zakariah berkata, negara perlu melakukan sesuatu untuk memperbaiki struktur ekonomi negara terutama sekali menaikkan nilai tambah produk-produk eksport negara.
–
KDNK negara 4.7% – MIER https://t.co/Ri7X3H117O
KDNK negara 4.7% – MIER: Malaysia masih mampu mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seban… https://t.co/KxN8ix5zf9
Daim ada baca ka?
Capai la apa pon.. Yg penting keamanan negara sgt penting malah rakyat xdibebani
KDNK negara 4.7% – MIER https://t.co/ZC1AdMZwQF
Mengapa tidak dikenakan cukai pendapatan kpd pekerja asing???
Seth Faizal Mukhriz liked this on Facebook.
Mohammad Hamid liked this on Facebook.
Azmi Haron liked this on Facebook.
Safrimeen Chot liked this on Facebook.
Mohamad Ab Rahim liked this on Facebook.
Sariful Akmal Hj Mokhtar liked this on Facebook.
Dato Izaham Kasim liked this on Facebook.
Semerah Padie liked this on Facebook.
Hairi Azerin liked this on Facebook.
Muhammad Taufiq Topek liked this on Facebook.
Aca Aszrin liked this on Facebook.
Ahmad L Yusof liked this on Facebook.
Fatimah Uni liked this on Facebook.
Alan Yan liked this on Facebook.
Alhamdulillah..
Kay Maria liked this on Facebook.
Bang Jibby liked this on Facebook.
Marzuki Borak liked this on Facebook.
Mohd Idrus liked this on Facebook.
Hamid Bakri liked this on Facebook.
Malek Gringgo liked this on Facebook.
Masri Markom liked this on Facebook.
Jamaluddin Hashim liked this on Facebook.
Raheem Wann liked this on Facebook.
Shahir Roni liked this on Facebook.