KDNK negara 4.7% – MIER - pakdin.my

bloomberg-kdnk-negara-dunia-malaysia-13

Malaysia masih mampu mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.7 peratus tahun ini, meskipun negara menghadapi situasi ekonomi yang mencabar sejak tahun lalu.

Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Zakariah Abdul Rashid berkata, pertumbuhan negara akan terus dipacu oleh perkembangan ekonomi domestik, selain dibantu asas ekonomi yang kukuh.

Menurutnya, pertumbuhan KDNK yang dibuat oleh institut itu adalah berdasarkan harga minyak yang diunjurkan oleh Dana Kewang­an Antarabangsa (IMF) sebanyak AS$47.97 (RM205.79) setong sementara nilai ringgit antara RM4.20 hingga RM4.30 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Negara ketika itu menerima kesan akibat isu-isu kestabilan jangka pendek yang telah menjejaskan sentimen dan keyakinan terhadap ekonomi. Namun, struktur ekonomi negara untuk jangka masa panjang masih kukuh,” katanya ketika membentangkan prospek ekonomi negara di sini hari ini.

Jelasnya, beberapa isu yang harus distabilkan termasuklah keadaan kecairan tempatan, penyusutan nilai ringgit, pengeluaran portfolio atau pegangan saham asing serta pengecil­an lebihan akaun semasa negara.

Dalam pada itu, Zakariah berkata, bilangan individu, syarikat serta perniagaan yang layak berdaftar dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) perlu ditingkatkan bagi membaiki sumber pendapatan kerajaan yang terjejas ekoran kejatuhan harga minyak dunia.

Katanya, kerajaan tiada pilihan selain meningkatkan lagi kutipan cukai, namun bukan dengan menaikkan kadar GST kerana rakyat sedang menghadapi tekanan kenaikan kos hidup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 esok sebagai respon terhadap kejatuh­an harga minyak dunia kepada paras terendah sejak 12 tahun. Bajet 2016 yang dibentangkan pada Oktober 2015 adalah berlandaskan harga minyak dunia AS$48 (RM206) setong, namun harga komoditi itu kini didagangkan sekitar AS$28 (RM120) setong.

Malaysia dianggarkan kehilangan pendapatan sebanyak RM300 juta bagi setiap penurunan AS$1 (RM4.29) setong harga minyak dunia.

Mengulas mengenai penyertaan Malaysia ke dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Zakariah berkata, negara perlu me­lakukan sesuatu untuk memperbaiki struktur ekonomi negara ter­utama sekali menaikkan nilai tambah produk-produk eksport negara.

UTAMAEKONOMIKDNK negara 4.7% – MIER

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium