26.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

Keanggotaan Anina Dalam UMNO Terbatal Secara Automatik Apabila Fail Saman Terhadap Parti – Peguam

anina saman umno

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa kedudukan Anina Saadudin sebagai anggota UMNO terbatal secara automatik apabila dia memfailkan saman terhadap UMNO.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Anina telah melanggar perlembagaan parti dan sebagai anggota UMNO, Anina terikat dengan peraturan dan undang-undang parti itu.

Beliau mewakili Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh dalam saman yang difailkan anggota Wanita UMNO Langkawi itu terhadap mereka.

“Ia bukan peruntukan undang-undang, tetapi peruntukan kontrak. Tidak kira apa pun peraturan parti, anggota terikat dengannya dari segi undang-undang. Kontrak ini dipersetujui dalam UMNO.

Sekiranya seseorang itu melanggar undang-undang atau sebaik sahaja seseorang itu mengambil tindakan mahkamah, keanggotaannya gugur secara automatik,” kata Mohd Hafarizam dalam hujahnya di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman S. Nantha Balan.

Mohd Hafarizam berkata Anina tidak boleh menggunakan peruntukan Perlembagaan Persekutuan bagi mencabar pemecatannya daripada UMNO.

Pada hari ini mahkamah itu mendengar permohonan Tengku Adnan dan Ab Rauf untuk mengetepikan saman yang difailkan Anina pada 28 Ogos lepas bagi mencabar pemecatannya sebagai anggota UMNO.

Anina dipecat daripada UMNO selepas dia memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ab Rauf, antara lain, untuk menuntut sebahagian daripada sumbangan RM2.6 bilion (US$650 juta) yang didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi presiden parti itu di Singapura.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Anina, pula dalam hujahnya berkata bahawa defendan pertama (Tengku Adnan) tidak mematuhi prosedur dalam Perlembagaan UMNO berhubung dua surat untuk memecat plaintif daripada UMNO.

Katanya, pendedahan surat itu, bertarikh 1 dan 2 Sept, kepada media dan orang ramai oleh Tengku Adnan, tanpa terlebih dahulu memaklumkan plaintif secara peribadi, adalah pincang dan melanggar undang-undang.

“Plaintif hanya mengetahui tentang pemecatannya daripada UMNO selepas perkara itu menjadi viral dalam media sosial,” katanya sambil menambah bahawa plaintif hanya mengetahui tentang surat itu apabila Tengku Adnan menyebarkannya kepada media dan orang ramai pada 1 dan 2 Sept 2015.

Beliau berkata adalah amalan lazim bagi orang atasan untuk memberi notis atau surat sebelum memecat atau menggugurkan orang bawahan.

Mohd Hafarizam membalas hujah itu dengan berkata perkara berkenaan hanya merupakan suatu formaliti.

Katanya, UMNO adalah sebuah parti politik yang didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan 1966, yang mana Seksyen 18C akta itu dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes berkaitan hal-ehwal sesebuah parti politik.

Oleh demikian, kata beliau, mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk melayan saman Anina kerana isu yang dipertikaikan melibatkan suatu keputusan parti politik berdasarkan perlembagaannya.

Mahkamah menetapkan 7 Dis ini untuk memberi keputusan tentang permohonan Tengku Adnan dan Ab Rauf bagi mengetepikan saman Anina.

Dalam saman yang difailkan pada 5 Okt, Anina, 40, memohon perintah agar dua surat pemecatan yang dikeluarkan Tengku Adnan itu adalah tidak sah dan tidak memberi kesan terhadap keanggotaannya dalam UMNO.

Berita Berkaitan

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Dakwaan gangguan seksual, wanita saman MP Sungai Siput

Indrani berkata, pada Mei lalu beliau pernah membuat laporan polis mendakwa Kesavan mengganggunya secara seksual sejak Disember lalu

Pelacur maut terjatuh dari tingkat lima hotel ketika serbuan

“Identiti mangsa belum dapat dikenal pasti. Mangsa maut di tempat kejadian.

Rancang culik DS Najib dan tiga bekas menteri, tiga lelaki dihukum penjara

Lelaki Indonesia Ali Saifuddin, 32, dan dua bekas tentera Nor Azmi Jailani, 32, dan Mohd Yusri Mohamed Yusof, 33, didakwa mahu menculik Datuk Seri Najib Razak dan tiga bekas menteri.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...