Kebakaran di Hospital Umum Sarawak, Pekerja binaan maut - pakdin.my

Mangsa-Kebakaran-Hospital-Sarawak
eorang pekerja binaan maut dalam kebakaran di bangunan baru Bahagian Kajian Klinikal, HUS,

Seorang lelaki hangus terbakar manakala 151 pesakit dari Wad Kanak-kanak dan Wad Umum Hospital Umum Sarawak (HUS) terselamat dalam kebakaran di bangunan Bahagian Kajian Klinikal hospital itu jam 5 petang Sabtu.

Mangsa yang maut adalah seorang pekerja binaan warga Indonesia, manakala semua 151 pesakit berkenaan bernasib kerana sempat dipindahkan oleh kakitangan HUS dengan bantuan keluarga mereka serta orang ramai.

hospital umum sarawah-hus-terbakar

Menurut jurucakap Jabatan Bombba dan Penyelamat, siasatan awal mendapati kejadian kebakaran itu bermula daripada percikan api dari mesin kimpalan yang sedang digunakan oleh pekerja di kawasan tersebut.

Dipercayai percikan api tersebut menyambar longgokan sampah serta seorang pekerja yang berada berhampiran.

“Kebakaran dipercayai melibatkan longgokan sisa sampah dari pembinaan di dalam kawasan tingkat 1 bangunan tersebut dan ianya bagaimanapun tidak melibatkan kerosakan pada struktur bangunan,” kata jurucakap berkenaan.

Blok yang terbakar adalah bangunan baharu HUS yang masih belum siap sepenuhnya.

Sebahagian daripada pesakit di Wad Kanak-Kanak HUS yang sempat diselamatkan kakitangan hospital dengan bantuan orang ramai.

Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Padungan dan Batu Lintang dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 5.02 petang tadi.

Api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 42 minit kemudian pada jam 5.44 petang.

Sebahagian lagi pesakit di Wad Umum HUS yang sempat diselamatkan.

UTAMAKebakaran di Hospital Umum Sarawak, Pekerja binaan maut

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium