Kebakaran Hotel Di Mekah Tidak Libatkan Jemaah Malaysia - pakdin.my

mekah-kebakaran-hotel

MAKKAH: Kebakaran sebuah hotel di Makkah yang kononnya teruk terbakar dan menjadi viral di media sosial itu, hanyalah satu kebakaran kecil dan ia tidak melibatkan penempatan jemaah haji Malaysia.

Pengurus Operasi Media Tabung Haji (TH) Mohamad Naser Jaffar berkata kebakaran hotel itu berlaku di kawasan Aziziah, yang terletak 4 km dari kawasan Masjidil Haram.

“Semua jemaah Malaysia ditempatkan di enam maktab melibatkan sembilan bangunan yang jaraknya antara 600 meter hingga 1km dari Masjidil Haram. Hotel berkenaan jauh dari penempatan jemaah Malaysia,” katanya di sini.

Tinjauan Bernama di kawasan Aziziah mendapati hotel Sakab Al-Barakah, yang kononnya teruk terbakar dan menjadi viral itu, beroperasi seperti biasa dengan jemaah haji melakukan aktiviti mereka seperti biasa.

Jemaah haji Indonesia yang menetap di hotel berkenaan dikenali sebagai Mansor, turut terkejut apabila ditunjukkan penyebaran gambar hotel itu yang kononnya teruk terbakar.

“Hanya kebakaran kecil saja awal pagi semalam (kira-kira 12.35 pagi hari Khamis), tidak nampak asap pun semasa hari kejadian, kami diminta turun ke bawah, tapi dibenarkan semula masuk selepas kebakaran bilik dipadamkan,” katanya.

Mansor berkata dia difahamkan kebakaran itu berlaku di sebuah bilik di tingkat lapan hotel itu yang berpunca daripada periuk nasi elektrik.

https://www.youtube.com/watch?v=z4mwNt75kig

UTAMABERITAKebakaran Hotel Di Mekah Tidak Libatkan Jemaah Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium