30 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah:Pengesahan DNA 23 Mangsa Selesai Seawal 3.30 Petang

Proses pengesahan DNA semua 23 mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dato Keramat dengan waris masing-masing, dijangka hanya selesai pada jam 3.30 petang esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh wakil Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), sebentar tadi.

Ketika ini, katanya, semua waris terdekat sudah menyerahkan DNA masing-masing bagi membantu proses pengesahan berkenaan.

“Hasil perbincangan bersama pihak hospital dan waris terdekat, semua bersetuju bahawa proses pengebumian mangsa kebakaran ini dikebumikan selepas proses pengesahan DNA bagi 23 jenazah selesai, paling awal dijangka jam 3.30 petang esok.

“Sekiranya keputusan diperoleh lebih awal, ia akan dimaklumkan kemudian kepada waris dan dihebahkan kepada umum.

“Bagi waris terdekat yang menunggu hari ini, kita menyediakan penginapan di Hotel Putra dan Hotel Grand Season.

“Ketika ini, semua waris disarankan untuk pulang dan berehat dahulu memandangkan keputusan pengecaman dijangka diperoleh esok,” katanya ketika ditemui di hadapan IPFN.

Jamil Khir berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, kecuali bagi waris yang memohon untuk dikebumikan di kawasan masing-masing.

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

Potong Elaun Nelayan, Muhyiddin Lupa Dulu Dia Bersama PH? – Salahuddin Ayob

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan