Keberanian Pengamal Media Lontar Pandangan Merupakan Pendemokrasian Maklumat - pakdin.my

Konvensyen Media Sosial 1Malaysia

KUALA TERENGGANU  — Keberanian pengamal media sosial golongan muda melontarkan pandangan, merupakan suasana baru dalam erti kata pendemokrasian maklumat.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Ibrahim Abdul Rahman berkata, dalam hal ini pengamal media sosial merasakan mereka berpeluang untuk mengutarakan pandangan walaupun mereka bukan orang terkenal.

“Mengutarakan pendapat, pandangan dapat diperkemaskan lagi dengan adanya media sosial baru ini, supaya orang lain juga dapat tahu apa pemikiran mereka.

“Namun demikian akibat rasa keterbukaan itu, pendemokrasian maklumat tersebut boleh dilakukan tetapi hendaklah dalam ruang lingkup undang-undang yang sedia ada. Akta fitnah, akta hasutan dan sebagainya terpakai walaupun dalam media sosial,” katanya pada majlis Konvesyen Media Sosial 1Malaysia di sini Khamis.

Turut hadir pada majlis itu Pengarah Penerangan Terengganu Azizah Awang dan Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Datuk Mohd Rafi Awang Kechil.

UTAMABERITAKeberanian Pengamal Media Lontar Pandangan Merupakan Pendemokrasian Maklumat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium