27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

Keberkesanan dasar kepemimpinan Najib

najib-john dauth-australia

Malaysia di bawah kepe­mimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunjukkan rekod pertumbuhan ekonomi paling mengagumkan di Asia Tenggara.

Bekas Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, John Dauth berkata, kejayaan itu dicapai menerusi pelaksanaan dasar-dasar yang menggabungkan keterang­kuman sosial dan ekonomi pro­pasaran.
Beliau yang bertugas di Malaysia mulai 1993 hingga 1996 memberitahu, sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan diwujudkan sejak Najib menjadi Perdana Menteri.

“Kadar pengangguran sebanyak tiga peratus merupakan antara yang terendah di rantau ini berbanding enam peratus di Indonesia dan 6.8 peratus di Filipina.

“Pertumbuhan eko­nomi juga telah menyaksikan transformasi taraf hidup dengan pendapatan purata isi rumah meningkat lebih 20 kali ganda,” katanya seperti dipetik daripada artikel yang ditulis beliau dalam akhbar ‘The Australian’ hari ini.

Dauth menambah, Malaysia juga semakin menghampiri sasaran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) AS$15,000 (RM65,589) per kapita yang diperlukan bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Beliau memberitahu, Najib telah meletakkan sasaran tersebut sebagai tunjang utama Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) mulai 2016 hingga 2020.

“Najib telah me­ngambil tindakan awal bagi memperkukuhkan kewangan awam, satu langkah penting bagi menampan kesan glo­bal malah menurut Artikel IV yang dikeluarkan Dana Kewangan Dunia (IMF) baru-baru ini, langkah konsolidasi fiskal itu tepat pada masa dan tempatnya,” jelasnya.

Dauth berkata, Najib yang juga Menteri Kewangan mengambil langkah berani dengan menghapuskan subsidi petrol dan diesel apabila harga minyak jatuh tahun lalu.

Menurut beliau, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar enam peratus juga mampu memperkukuhkan asas percukaian negara ini serta mengurangkan kebergantungan terhadap hasil minyak dan gas.

“Defisit fiskal berjaya dikurangkan sebanyak 50 peratus sejak Najib menjadi Perdana Menteri dan dijangka dihapuskan sepenuhnya menjelang 2020. Kejayaan ini dicapai menerusi pengurusan ekonomi yang canggih,” ujarnya.

Dauth memberitahu, dasar yang memperkasakan golongan wanita juga menyumbang kepada peningkatan pendapatan isi rumah sekali gus menjadikan Malaysia mendahului negara-negara ASEAN yang lain dari segi merapatkan jurang perbezaan antara jantina.

“Peratusan wanita yang memegang jawatan di peringkat pengurusan di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding Hong Kong dan Singapura,” katanya.
Beliau berpandangan, Malaysia sedang melakar sejarah dari segi pembangunan yang dilihat semakin pesat hasil keputusan yang tepat.

“Anda tidak boleh melakukannya tanpa kepemimpinan yang teruji seperti Najib,” jelasnya.

 
http://theaustralian.com.au/news/world/malaysian-prime-minister-najib-razaks-reforms-drive-growth/story-e6frg6ux-1227606762513-

Berita Berkaitan

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun...

FGV Catat Keuntungan RM20.55 Juta Suku Kedua Tahun Ini

FGV Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM20.55 juta pada suku kedua berakhir 30...

Prospek positif ekonomi pacu kenaikan ringgit

Prospek positif ekonomi Malaysia disokong langkah holistik kerajaan membendung penularan COVID-19 mencetuskan peningkatan nilai...

#PRNSabah: Warisan kalah tetapi Shafie mungkin angkat sumpah sebagai KM esok

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin akan mengangkat sumpah sekali lagi esok berikutan kegagalan mana-mana parti menjadi dominan dalam Pilihan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan