28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Kebiasaan Lim Guan Eng lari daripada tajuk

AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 25 Ogos 12 melalui ruangan Pendapat Yuanlun memaparkan tulisan Chang Long Yan dari Akademi Kewartawanan dan Komunikasi TAIMA (AKIP) mengenai sikap Lim Guan Eng yang suka lari daripada tajuk.

Komen Setiausaha Agung DAP Pusat, merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang itu terhadap rencana dalam edisi Kotej berkaitan buku berjudul Peneng in Sight telah tersebar luas tetapi apabila saya membaca komen beliau, ia seperti sebuah pemikiran seorang ‘penyangak’.

Saya ambil sedikit petikan di dalamnya, Guan Eng berkata, beliau menyokong penuh kebebasan bersuara, berani menerima kritikan dan menghormati pandangan yang berbeza-beza.

Sebagai seorang ahli politik, beliau bersedia untuk dikritik walaupun kritikan yang ‘mengaibkan’ dirinya. Apa yang beliau maksudkan beliau sanggup menerima kritikan termasuk kritikan yang tidak adil.


Mengikut pandangan saya, semua yang Guan Eng katakan itu cuma syok sendiri. Jika tidak beliau tidak mungkin senarai hitamkan wartawan edisi Kotej yang paparkan kritikan terhadap penulisan beliau dalam buku Peneng in Sight itu.

Tindakan itu, memberi penjelasan dengan terang kepada semua, beliau juga pernah senarai hitamkan wartawan lain dan tidak lansung bersikap terbuka apabila dikritik termasuk kritikan yang dikatakan mengaibkan beliau.

Selain itu, jika benar beliau menghormati pandangan yang berbeza-beza, beliau tidak perlu sebut rencana Edisi Kotej itu mengelirukan orang ramai.

Guan Eng seperti belum pernah membaca rencana tersebut (kami terlupa bahawa Guan Eng tidak tahu baca tulisan karekter Cina). Sebab itu beliau berani berkata dengan lantang bahawa tulisan itu memperdayakan orang ramai.

Pihak wartawan juga telah memperbetulkan isi kandungan Edisi Kotej itu dan secara khas mengeluarkan artikel penulisan Guan Eng sendiri dalam rencana akhbar Cina melalui ruang rencana khas wartawan dan bukannya mengada-adakan cerita.


Namun, Guan Eng seperti kebiasaanya suka lari daripada tajuk, sebaliknya bertanya adakah wartawan yang tulis rencana itu telah dipilih dengan teliti.

Yang paling buruk sekali, dalam artikel Edisi Kotej itu, beliau berkata ada banyak rencana (sebenarnya adakah beliau membacanya?) dan dakwanya rencana itu bukan penulisan seorang wartawan kerana timbul banyak perkataan-perkataan yang agak pelik.

Apabila dibaca dengan jelas, beliau berkata itu adalah penulisan orang-orang BN yang menggunakan nama-nama samaran.

Wartawan terbabit telah membongkar bahawa Guan Eng tidak mengikut hujah yang betul kerana 90 peratus penulisan artikel Edisi Kotej itu tulisan wartawan akhbar Cina. Akibat menuduh wartawan menulis artikel tidak benar, Guan Eng disarankan meminta maaf kepada mereka.


Mengkritik polisi kerajaan itu adalah tanggungjawab wartawan, kenapa Guan Eng mengkritik kembali wartawan-wartawan di Pulau Pinang yang mempersoal kerajaan negeri dan dituduh pula sebagai tali barut kerajaan BN?

Ini jelas menunjukkan apa yang Guan Eng sebut tentang kebebasan media dan menghormati pandangan yang berbeza itu hanya cakap syok sendiri, hanya di mulut sahaja.

Sebaliknya, dalam fikiran beliau rencana yang condong kepada BN itu semuanya bermasalah.

Berita Berkaitan

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan