28.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

Kecaman Ke Atas Nasharuddin Hanyalah Pembuka Tirai Kearah Menguggurkannya Sebagai Calon @nasharudin

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) mendengar penerangan dari Tokoh Ulama Arab Saudi Sheikh Dr. Abdullah Hamad Al Jalaly (kanan) semasa pertemuan beliau dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Keempat di sini pagi Isnin. Turut hadir (dari kiri) Mufti Masjid Haram Makkah, Sheikh Dr. Sulaiman Al Salumi dan Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa

Indikasinya lagi jelas dan nyata – dari Dewan Pemuda sehinggalah kepada Menteri Besar PAS – semuanya kini menjurus ke arah ‘kempen’ untuk menyingkirkan terus bekas Timbalan Presiden mereka, Nasharuddin Mat Isa daripada parti itu.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan pada Rabu telah meminta Nasharuddin supaya meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen Bachok.

Nik Aziz pada hari yang sama memberi kenyataan bernada sindiran yang amat tajam; “Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS pun boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian,” katanya sebagaimana dipetik oleh Bernama.

Kesemua mereka berkata demikian selepas media massa memaparkan gambar Nasharuddin menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

Sejak Nasharuddin mencetuskan kontroversi dengan menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS, beliau telah dilihat tidak ubah seperti besi buruk oleh PAS seolah-olah tidak pernah berjasa atau menyandang jawatan sebagai pemimpin nombor dua dalam parti itu.

Orang yang paling tidak senang dengannya malah paling lantang menyindir dan mengkritik ialah Nik Aziz.

Kemuncak kepada penentangan ke atas Nasharuddin ialah apabila beliau gagal mempertahankan jawatannya pada Muktamar Agung PAS tahun lepas – ditewaskan oleh seorang yang tidak dilihat sebagai tokoh agama atau ilmuan iaitu Mohamad Sabu.

Sehubungan dengan itu Nik Abdul Aziz berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.

Dan kini giliran Pemuda PAS Kelantan pula untuk mencelah apabila Setiausahanya Mohd Nuri Mat Yaacob berkata; “Jika beliau (Nasharuddin) sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu.”

Kata-katanya itu disiarkan oleh organ rasmi PAS, Harakahdaily.

Kenyataan daripada Dewan Pemuda PAS Kelantan itu juga didorong oleh kenyataan Nasharuddin di TV3 yang meminta PAS agar keluar dari Pakatan Rakyat (PR) jika DAP terus menentang Hudud.

Hakikat bahawa kempen-kempen untuk memperkecilkan Nasharuddin disiarkan oleh organ rasmi parti menunjukkan bahawa bekas timbalan presiden itu telah terkeluar dari arus perdana PAS.

Nik Aziz kata, tak menghairankan kalau Nasharuddin masuk Umno.

Tapi sebenarnya yang tak menghairankan ialah jika PAS pecat Nasharuddin atau gugurkannya sebagai calon pilihan raya nanti – sekali gus tidak berupaya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bachok yang disandangnya sekarang.

Desakan-desakan yang muncul sekarang hanyalah pembuka tirai kepada langkah yang lebih besar iaitu untuk menguggurkannya daripada senarai calon.

Dengan trend yang ada sekarang, kita tidak nampak siapakah yang akan mengesyorkan agar namanya dikekalkan sebagai calon.

Mungkin sudah tiba masanya Nasharuddin melupakan politik PAS untuk selama-lamanya dan menumpukan perhatian kepada amal jariah dan juga yayasan yang baru dibentuknya itu.

Sayang sungguh, pemimpin semuda dan sebijak itu tidak lagi dianggap relevan dalam PAS. Dan yang lebih menyedihkan, mereka memperlakukannya bukan seperti seorang bekas timbalan presiden.

Tiada langsung tanda hormat apatah lagi mengenang jasanya yang banyak dalam PAS. Dosanya pada PAS tidak ada pun.

Beliau hanya cenderung kepada perpaduan ummah. Malangnya usaha dan kecenderungannya itu dianggap sebagai satu dosa dalam PAS termasuklah duduk sekhemah bersama perdana menteri Malaysia.

 

 

 

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

SPRM siasat kes beli undi awal #PRNSabah

KOTA KINABALU: Dua anggota keselamatan diberkas di Lahad Datu semalam selepas dipercayai membawa sejumlah wang, disyaki untuk membeli undi bagi sebuah parti politik. Sumber memaklumkan...
00:02:19

[Video] Shafie mengaku lantik keluarga, ‘orang semporna’ dalam jabatan, GLC #PRNSabah

"Unity" apa yang Warisan Plus laungkan jika Shafie sendiri mengaku melantik orang dia mengikut kaum ke jawatan-jawatan paling penting Sabah? "Sabah for Sabahans" atau "Sabah...
00:10:49

[Video] Pengundian awal #PRNSabah

Suasana hari pengundian awal di Mes Pegawai Kanan PDRM di Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah yang dilangsungkan dalam keadaan mematuhi norma baharu atau SOP ditetapkan #PRNSabah #RaduTatapRadu #RaduSampaiRata #UndiBN https://youtu.be/hP-TkBhUQPk  

#PRNSabah: Pengundian awal bermula

KOTA KINABALU: Tepat jam 8 pagi tadi, sebanyak 55 pusat pengundian dibuka bagi 16,877 pengundi awal menjalankan tanggungjawab. Daripada jumlah itu, seramai 7,487 anggota tentera...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...