Kecaman Tidak Wajar Terhadap Kerajaan Walaupun Ekonomi Malaysia Kukuh - pakdin.my

ekonomi-malaysia

Malaysia telah mencapai kemajuan membanggakan walaupun berdepan cabaran global dan ini terbukti dengan kadar pertumbuhan ekonominya, eksport yang meningkat ditambah peningkatan mendadak dalam pelaburan.

Hanya minggu ini, The Royal Bank of Scotland plc menyuarakan keyakinannya terhadap kestabilan ekonomi Malaysia, dipacu oleh eksport bersih, sambil menekankan bahawa rizab tukaran asing dan ringgit yang kompetitif, akan terus memperbaiki dagangannya.

Namun kedudukan positifnya, selain penarafan yang lebih baik oleh bank-bank antarabangsa ke atas pengukuhan ekonomi Malaysia, prestasi ekonominya kurang diberikan perhatian, apatah lagi timbul pula kecaman tidak wajar terhadap negara ini.

Laman-laman web memberi kebebasan meluas kepada semua pihak, terutama pembangkang untuk membidas tanpa bertimbang rasa terhadap penggubal dasar dan mempersoalkan perkembangan ekonomi dengan andaian kononnya kerajaan gagal mengurus ekonomi negara.

Namun data-data diumumkan minggu ini menunjukkan keadaan sebaliknya, dan jika berjuta-juta pekerja asing yang berduyun-duyun ke Malaysia diambil kira, jelas bahawa asas kekuatan ekonomi kekal kebal.

Pengkritik juga dengan mudah mengetepikan keputusan Moody’s untuk meningkatkan penarafan kredit negara kepada positif daripada stabil pada November lalu.

Agensi penarafan antarabangsa itu mengunjurkan prospek ekonomi lebih baik untuk Malaysia tahun ini dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang sebanyak lima hingga 5.5 peratus dengan kutipan hasil kerajaan persekutuan ditaksirkan melonjak kepada sekitar RM224.1 bilion.

Defisit negara akan dikurangkan secara beransur-ansur, yang bermakna kerajaan telah mengambil langkah yang betul untuk membaiki prospek penyatuan fizikal dan reformasi serta terus mencapai kestabilan ekonomi-mikro dalam menghadapi kekalutan luaran.

Ketika ekonomi global lemah, Malaysia mampu mencatat perkembangan ekonomi sebanyak 5.1 peratus pada suku terakhir tahun lalu, membantunya untuk mencatat pertumbuhan tahunan sebanyak 4.7 peratus.

Walaupun ekonomi banyak negara maju lemah, keupayaan Malaysia merancakkan eksport merupakan lambang kejayaan pertumbuhan ekonomi menyeluruh, terutama pada suku terakhir.

Pertambahan pelaburan swasta yang mantap di sebalik pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi yang berterusan, Perkongsian Awam-Swasta dan pelbagai projek koridor, juga merangsang ekonomi.

Maybank Research begitu yakin terhadap pertumbuhan ekonomi, menyatakan ia akan terus menarik pelabur asing sekali gus melonjakkan kedudukan Malaysia daripada tempat ke-12 dalam mudahnya Mudah Menjalankan Perniagaan oleh Bank Dunia pada 2012, kepada kedudukan keenam pada 2013.

Dalam bidang pelaburan, Malaysia mencapai prestasi cemerlang dengan mencatatkan pelaburan langsung asing (FDI) paling tinggi iaitu sebanyak RM38.8 bilion pada 2013, melonjak 24 peratus berbanding RM31.12 bilion pada 2012.

Pengaliran FDI untuk suku terakhir 2013 membabitkan sektor perkilangan, hartanah dan perlombongan.

Secara keseluruhannya, Malaysia mencatat kemasukan pelaburan langsung asing bersih sebanyak RM4 bilion pada suku keempat 2013 (suku ketiga 2013:RM2 bilion) dan FDI melebihi pelaburan di luar pada suku terakhir.

Banyak perbadanan dan syarikat multinasional memilih Malaysia untuk menubuhkan operasi serantau dan global mereka, mengambil kesempatan daripada ekosistem yang kukuh yang menyediakan peluang pekerjaan bernilai tambah.

Tidak diragukan lagi bahawa pelaksanaan pelbagai program ekonomi dan perbelanjaan pengguna yang berhemah akan memantapkan permintaan domestik negara.

Bertentangan dengan keraguan terhadap ekonomi oleh sesetengah pihak, kebanyakan penyelidik terus optimistik mengenai masa depan negara.

RHB Research mengunjur KDNK sebenar akan berkembang pada kadar lebih cepat iaitu 5.4 peratus pada 2014 selepas mencapai kadar mencecah 4.7 peratus pada 2013.

HLIB Research mengekalkan unjurannya bahawa masa depan perkembangan ekonomi akan kekal sederhana dengan pertumbuhan KDNK sebenar meningkat sedikit kepada lima peratus daripada 4.7 peratus pada tahun lalu.

Tidak dinafikan bahawa walau apa pun dakwaan pengkritik, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggubal dasar-dasar yang terus menerus memberi sumbangan kepada perkembangan ekonomi, pertumbuhan pendapatan dan taraf hidup yang semakin baik.

UTAMAEKONOMIKecaman Tidak Wajar Terhadap Kerajaan Walaupun Ekonomi Malaysia Kukuh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium