Kecoh khabar angin mengenai radioaktif bocor Synergy Health di Rawang - pakdin.my

kebakaran-kilang-health-sinergy-rawang (1)

Rawang: Penduduk sekitar daerah ini gempar apabila kebakaran mendadak di sebuah kilang menjalankan aktiviti pensterilan produk kesihatan di Taman Industri Integrasi Rawang, di sini, pagi semalam, didakwa mengakibatkan kebocoran radiasi besar-besaran.

Kebimbangan penduduk berpunca daripada pelbagai mesej dan gambar tersebar melalui laman media sosial Facebook dan Whatsapp yang mendakwa bakal berlaku letupan selain penyebaran radiasi radioaktif sehingga jarak 100 kilometer.

Komander Operasi Penguasa Bomba (PgB) Mohd Haikal Md Kasri berkata, pihaknya menerima maklumat awal berhubung kebakaran mesin yang menggunakan sistem Cobalt 60 di kilang itu sekitar jam 6 pagi semalam.

“Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang tiba di lokasi kejadian pada jam 6.01 minit dan berjaya mengawal kebakaran.
Foto

ASAP tebal berpunca daripada kebakaran sebuah kilang di Rawang, semalam.

“Tiada kebocoran dan bacaan luar biasa terhasil selepas pihak bomba dan pegawai Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) melakukan pemeriksaan di kilang ini. Hasil pemantauan lanjut mendapati bacaan paras radiasi adalah normal dan tidak melebihi 0.18 microsievert,” katanya

UTAMABERITAKecoh khabar angin mengenai radioaktif bocor Synergy Health di Rawang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium