Kecualikan Mangsa Banjir Daripada Bayar Bil Air – Ahmad Shabery - pakdin.my

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada Ahad berkata, beliau akan mengusulkan kepada pihak kerajaan supaya mangsa banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang, dikecualikan daripada membayar bil air yang digunakan untuk tujuan pembersihan.

Beliau berkata, cadangan itu akan dibawa secepat mungkin memandangkan mangsa kejadian dijangka menggunakan bekalan air yang banyak bagi membersihkan rumah mereka serta kawasan sekitar.

“Kita tidak mahu mangsa menanggung beban setelah mengalami kerugian yang banyak akibat kejadian ini. Sebagai usaha meringankan beban mereka, kita akan berbincang dengan kerajaan agar Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) tidakmengenakan bayaran penggunaan air kepada mereka,” katanya kepada pemberita.

Sebelum itu, Ahmad Shabery meninjau kawasan terlibat selain menyampaikan bantuan makanan segera kepada mangsa banjir disertai sukarelawan MyCorps.

Mangsa banjir di kampung berkenaan rata-rata kecewa dengan masalah kekurangan bekalan air yang dihantar Syabas ke kawasan mereka dan meminta syarikat itu mengambil tindakan segera.

Ahmad Shabery yang bersetuju dengan pandangan penduduk terlibat, berkata: “Pihak Syabas perlu mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalahyang dihadapi mangsa kerana mereka amat memerlukan bekalan air mencukupi bukansahaja untuk membersihkan rumah malah untuk kegunaan harian.”

Wakil penduduk, Abdul Razak Abdul Aziz, menggesa Syabas menambah bilangan lori tangki yang membawa bekalan air ke kawasan terlibat.

Namun beliau berterima kasih kepada sukarelawan daripada pelbagai agensikerajaan dan swasta yang banyak membantu penduduk kampung yang terlibat dalam banjir yang melanda sekitar ibu negara Rabu lepas.

Seorang penduduk, Sukini Hashim, 44, berkata beliau amat kecewa dengan masalah air yang menyukarkan kehidupan hariannya yang mempunyai enam anak berusia antara lapan dan 20 tahun yang tinggal bersamanya.

Seorang warga emas Wook Ali, 72, yang menetap di kampung tersebut selama 48 tahun, berkata beliau bersama anak dan cucunya bergotong-royong membersihkan rumah serta mengeluarkan barang-barang yang rosak akibat banjir.

“Walaupun bekalan air tidak mencukupi, kami tetap bergotong-royong…kalau tunggu air sampai, kerja tidak boleh dilakukan,” katanya.

UTAMABERITAKecualikan Mangsa Banjir Daripada Bayar Bil Air - Ahmad Shabery

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium