Kedah rangkul gelaran Piala FA kali kelima

Kekecewaan Lang Merah tersingkir awal daripada kempen Piala FA 2018 setelah kalah tipis 1-0 kepada skuad Tok Gajah musim lalu terubat kali ini apabila skuad Pulun Kedah Pulun itu berjaya menjulang kejuaraan edisi Ke-30 malam tadi.

Kedah FA mengulangi kejayaan Piala FA 2017 di Stadium Bukit Jalil setelah menjinakkan Perak FC 1-0 dalam perlawanan akhir penuh dramatik itu.

Sebelum ini, Kedah pernah juarai Piala itu sebanyak empat kali iaitu 1996, 2007, 2008 dan 2017.

Manakala Perak selepas menjuarai Piala pada 1990 dan 2004, sekadar beraksi sekali di pentas final pada 2010 dan malam tadi.

Kemenangan kali kelima Piala FA 2019 malam tadi sekaligus meletakkan Skuad Hijau Kuning itu setaraf dengan Selangor yang mempunyai rekod kemenangan terbanyak piala tersebut dalam sejarah FA yang memasuki edisi ke-30 tahun ini.

Gol tunggal Kedah hadir pada minit tambahan pertama ke-105 tadi menerusi pemain yang menggantikan David William Rowley iaitu Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam.

Sejak perlawanan bermula 9 malam tadi, kedua dua pasukan terus melakukan asakan di gawang gol namun gagal mencari gol pembukaan sebelum separuh masa pertama berkesudahan seri tanpa jaringan.

Di separuh masa kedua, banyak peluang diperolehi kedua dua pasukan khususnya Perak namun peluang itu gagal dimanfaatkan Lang Merah mahupun the Bos Gaurus.

Tiga pemain Perak menerima kad kuning sepanjang 90 minit pertama manakal Kapten Pasukan Kedah Baddrol Bakthiar turut dilayang kad kuning.

Namun nasib tidak menyebelahi skuad Kejor Yeop Skor itu selepas Amirul Azhan Aznan dilayang kad merah pada minit ke-90.

Ia sekaligus memaksa Perak beraksi dengan 10 pemain dengan memperkuatkan jentera pertahanan pasukan.

Perlawanan diheret ke masa tambahan 15 minit pertama sebelum pada minit ke-105 Lang Merah berjaya memecahkan keegoan bek pertahanan Perak dan membuka gol tunggal dan juga kemenangan itu.

Sorakan para penyokong Kedah mengegarkan stadium berikutan gol kemenangan itu.

Perak walaupun beraksi bertenaga dengan 10 pemain menerusi beberapa percubaan menerusi pemain sayap licik mereka J.Partiban di masa tambahan 15 minit kedua, namun segala peluang di hadapan gawang Kedah disia-siakan sebelum Pengadil perlawanan dari Jepun, Jepun Takuto Okabe meniup wisel penamat pada minit ke120.

Perak sekadar berpuashati sebagai Naib Juara Piala FA 2019 kali ini.

Seramai 83,520 orang penonton terdiri daripada penyokong Kedah dan Perak hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil menjayakan aksi final edisi ke-30 itu malam tadi.

Penjaga Gol Kedah Mohd Irfat Akmal Chek Kassim diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA 2019.

Baginda Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah bersama Presiden Bola Sepak Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir perkenan menyampaikan Piala kemenangan kepada skuad Lang Merah.

Turut berangkat ke aksi final baginda Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja permaisuri Zara Salim.