32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Kedai Rakyat 1Malaysia Catat Jualan Memberangsangkan

Kedai Rakyat 1 Malaysia

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang menjual barang keperluan asas pada harga lebih berpatutan di kawasan bandar, mencatat jualan memberangsangkan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata dua buah KR1M yang terletak di Lembah Klang mendapat sambutan yang mengalakkan dari pengguna hingga ada yang sanggup datang dari jauh seperti Sungai Buloh dan Gombak untuk membeli barangan di situ.

“KR1M yang pertama di Kelana Jaya berjaya mencatat hasil jualan sebanyak RM12,000 sehari manakala bagi Kedai Rakyat 1Malaysia yang kedua di Bandar Tun Razak berjaya mencapai hasil jualan sebanyak RM16,000 sehari,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan KR1M ketiga yang terletak di Kuarters DBKL Pantai Dalam, di sini.

KR1M Pantai Dalam menjual 1,000 produk keperluan asas dan 250 daripada produk tersebut adalah berasaskan jenama KR1M.

Ismail Sabri berkata kerajaan menyasar untuk menubuh 25 cawangan baru KR1M tahun ini dan 60 cawangan tahun depan bermula di kawasan sekitar Lembah Klang dan seterusnya ke seluruh negara.

Kerajaan turut membekalkan barangan produk KR1M ke kedai program TUKAR (Transformasi Kedai Runcit) seperti Agro Bazar dan D MART bagi memperkenalkan jenama itu kepada pengguna, katanya.

Mengulas mengenai kenaikan harga barang kawalan di pasaran, beliau berkata bermula 23 Ogos lepas sehingga hari ini, hanya satu kes melibatkan kenaikan harga barang daripada 33 kes yang dilaporkan.

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan