MALAYSIA JUGA PERNAH JADI SASARAN PENGEBOMAN OLEH MILITAN – IKHTIBAR DARI SERANGAN DI JAKARTA #pakdin.my


Sehari selepas serangan mengejutkan di Jakarta, saya melihat bahawa beberapa orang di media sosial mempersoal terhadap kenyataan amaran Ketua Polis Negara dan peningkatan kawalan di Kuala Lumpur.

Kebanyakan komen mencaci Ketua Polis Negara dan pihak berkuasa keselamatan negara, kita mungkin terlalu muda untuk mengingati pelbagai episod ganas yang melanda di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Pada 5 Ogos 1975 pengganas Tentera Merah Jepun menahan 53 orang tebusan selama 79 jam, di bangunan AIA di Jalan Ampang. Bangunan yang digunakan untuk menempatkan kedutaan AS dan Sweden. Mujurlah tidak ada pertumpahan darah.

Pada bulan yang sama, bom telah diletup oleh pengganas komunis menyebabkan kerosakkan Tugu Negara pada 27 Ogos 1975.

Pada 4 Disember 1977, pesawat Malaysia Airlines 653 terhempas di Tanjung Kupang, Johor. Disyaki bahawa pesawat itu dirampas oleh militan yang tidak dikenali. 93 penumpang dan 7 anak kapal terkorban.

Dalam soal begini pasukan keselamatan sering TIDAK dapat berkongsi maklumat mengenai pencegahan, menggagalkan serangan atau serangan yang tidak berjaya, atas sebab yang sangat jelas, maklumat perisikan penting kepada musuh. Tidak banyak yang kita tahu mengenai ancaman militan.

Memandangkan hakikat bahawa terdapat serangan yang pernah terjadi di ibu negara kita, saya secara peribadi merasakan bahawa pasukan keselamatan telah melakukan tugas dengan baik dan layak menerima SOKONGAN KITA bukannya cemuhan.

Fikirkan mengenai anggota keselamatan yang membahayakan nyawa mereka demi menjaga keselamatan kita serta keluarga mereka sebelum menulis ucapan cemuhan membabi buta.

Keganasan di Malaysia
https://en.wikipedia.org/wiki/Terrorism_in_Malaysia

Berkaitan