Kehabisan modal, Nurul Izzah jaja isu lapok

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Indekos diduga tempat prostitusi digerebek di Jakarta Timur

Sudah langsung kita segel, sekarang masih proses penyelidikan Jakarta (ANTARA)...

Polisi gadungan gunakan pelat palsu ditetapkan sebagai tersangka

dijerat dengan Pasal 263 KUHP tentang Pemalsuan Surat dengan...

‘Herd Immunity’ Not Relevant if Virus is Endemic – Khairy

National Covid-19 Immunisation Programme (NIP) Coordinating Minister Khairy...

NURUL Izzah Anwar berucap pada pelancaran bilik gerakan mengundi pakatan pembangkang yang dihadiri kira-kiri 100 orang, di Blok D, PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur
NURUL Izzah Anwar berucap pada pelancaran bilik gerakan mengundi pakatan pembangkang yang dihadiri kira-kiri 100 orang, di Blok D, PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur

Ekoran kehabisan modal untuk menarik minat orang ramai, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar terpaksa menjaja isu-isu lapok dan basi ketika mengadakan ceramah politik di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, di sini malam tadi.

Selain membangkitkan semula isu National Feedlot Corporation (NFC) yang telah menjadi kes mahkamah, anak Ketua Pembangkang itu juga terus menabur janji untuk menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika pembangkang dapat merampas Putrajaya.

Beliau turut menggunakan modal manifesto Barisan Nasional (BN) sebagai meniru manifesto pembangkang walaupun kenyataannya aku janji yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu jauh lebih realistik.

“Mereka (pemimpin BN) yang mendakwa banyak tenaga dan kepakaran tetapi meniru kita. Idea kita mereka guna,” katanya dalam ceramahnya sempena pelancaran bilik gerakan mengundi pakatan pembangkang, yang dihadiri kira-kira 100 orang itu.

Bagaimanapun Nurul Izzah tidak menjelaskan dengan mendalam perkara-perkara terkandung di dalam manifesto BN yang dikatakan menciplak idea pembangkang.

Sementara itu, pengarah filem dan drama, Adam Hamid yang kini berceramah di pentas pembangkang turut menggunakan peluang bagi menghentam membuta tuli terhadap kerajaan BN, termasuk menuduh mengundi parti itu sebagai satu dosa.

Malah beliau mendakwa 80 peratus golongan artis di negara ini menyokong pembangkang tetapi tidak berani untuk tampil ke hadapan kerana bimbang sukar ‘mencari makan’.

Sebelum ini Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mengaku ramai kalangan artis menjadi penyokong pembangkang keran dipengaruhi oleh rakan-rakan artis yang menjadi ejen kepada parti-parti berkaitan.

Bagaimanapun, pelakon itu berkata, bilangan artis yang menyokong pembangkang kini sudah berkurangan sejak kerajaan memperkenalkan skim insurans kepada golongan itu serta membawa pelbagai pendekatan lain untuk mereka.

BACA juga:

Leave a Reply