Kehilangan Allahyarham Noramfaizul Amat Dirasai - pakdin.my

Bagi petugas media lain, apa yang berlaku bukan sahaja menyentuh hati, malah kehilangan Allahyarham Noramfaizul dirasai sehingga kini.

SHAHARIL KADIR / WARTAWAN TV3
Satu yang menyedihkan, sukar digambarkan dengan kata-kata pada waktu sekarang. Orang kata bahu yang memikul lebih berat daripada mata yang memandang.

KHAIRUL ANUAR YAHAYA / WARTAWAN BERNAMA TV
Selalunya bila saya buat kerja dia pasti akan berada di sebelah saya atau bila saya ke mana mana. Sama ada dia consult saya atau saya consult dia. Antara dia dengan saya, bukan macam rakan setugas tapi macam abang dan adik sebab saya dah kenal dia 8 tahun.

Walaupun masih trauma,  ia tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menjalankan tugas di masa akan datang.

MELISSA ONG / WARTAWAN NTV7
I’m still very sad of the incident . But this does not determine, kita akan kuatkan semangat dan menurut Datuk Azeez sekiranya kita kembali pulang Somalia, kita adopt satu kem di sana dan namakan kem itu dibawah Allahyarham dan kita akan kuatkan semangat kita.

Mereka ditemubual dalam lintas langsung terkini khas yang disiarkan rangkaian stesen televisyen Media Prima Berhad.

UTAMABERITAKehilangan Allahyarham Noramfaizul Amat Dirasai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium