[VIDEO] KEJANG OTOT – PENDAKI TERKANDAS DI BUKIT KUTU, KUALA KUBU BHARU - pakdin.my

https://youtu.be/2ESk9T1CA6k
 

KUALA KUBU BHARU: Seorang daripada 13 pendaki yang mendaki Bukit Kutu, di sini, hari ini, terpaksa dibawa turun dengan bantuan bomba akibat kekejangan otot.

Kejadian ketika 13 pendaki itu dalam pendakian ke puncak bukit, pada 4.30 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata, bomba menerima panggilan pada 4.42 pagi.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan lapan anggota.

“Ketika tiba di lokasi pada jarak kira-kira enam kilometer dari pusat operasi terdapat 13 pendaki iaitu enam lelaki dan tujuh perempuan sedang menunggu bantuan,” katanya.

Menurutnya, anggota kemudian mendapati Nurnadia Ezzati Saa’ari, 24, tidak boleh berjalan kerana mengalami kekejangan otot dari pinggang hingga kaki.

Beliau berkata, mangsa dibawa turun menggunakan pengusung dan tiba di pusat operasi pada kira-kira 9 pagi.

Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada anggota ambulans untuk dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

20161105-terkandas-bukit-kutu-kejang

UTAMABERITA KEJANG OTOT - PENDAKI TERKANDAS DI BUKIT KUTU, KUALA KUBU BHARU

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium