Kejatuhan eksport negara bukan petanda baik - pakdin.my

EXPORT NOVEMBER SUSUT 5.5 PERATUS

Hari ini, Jabatan Perangkaan Malaysia mengeluarkan data prestasi eksport untuk bulan November 2019

Ini bukan satu petanda baik bagi prestasi pertumbuhan KDNK suku terakhir (Okt-Dis) tahun 2019.

November 2019 (Suku 4)
Eksport: Turun 5.5%
Import: Turun 3.6%

Oktober 2019 (Suku 4)
Eksport: Turun 6.7%
Import: Turun 8.7%

September 2019 (Suku 3)
Eksport: Turun 6.8%
Import: Naik 2.4%

Ogos 2019 (Suku 3)
Eksport: Turun 0.8%
Import: Turun 12.5%

Julai 2019 (Suku 3)
Eksport: Naik 1.7%
Import: Turun 5.9%

Sebagai perbandingan, eksport naik 18.9% dan import naik 19.9% pada keseluruhan tahun 2017 masa BN.

Bagi bulan November 2019, Minyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit (6.7% daripada jumlah eksport), merosot RM144.2 juta (-2.6%) berbanding November 2018.

Jumlah eksport sawit telah merosot 5 bulan berturut-turut berbanding bulan yang sama tahun lepas walaupun harga sawit memulih.

Malaysia’s Nov exports drop for fourth straight month
https://www.reuters.com/article/malaysia-economy-trade/malaysias-nov-exports-drop-for-fourth-straight-month-idUSK7N295003

Walaupun PH sering tuduh kerajaan BN semasa saya PM sebagai satu kerajaan yang gagal di mana Malaysia semakin muflis, realitinya ialah eksport negara menunjukkan trend menaik yang ketara sepanjang tempoh itu.

Adakah trend garis warna biru itu bukti bahawa kerajaan BN masa itu adalah satu kerajaan yang gagal?

Fakta ini tidak dapat disembunyikan atau dinafikan oleh sesiapa.

Garis trend yang berwarna parti PAN itu bagaimana pula?

PH boleh bagi alasan bahawa ini adalah sebab perang dagang USA-China.

Tapi perlu ingat bahawa masa saya PM, cabaran kita pada tempoh itu lagi mengancam.

Seperti the Great Global Recession (iaitu kemelesetan ekonomi dunia paling teruk sejak 70 tahun dahulu) dan kejatuhan harga minyak dunia sebanyak 80% secara tiba-tiba yang memberi impak negatif paling besar kepada eksport dan pengeluaran negara kita.

Najib Razak

UTAMANAJIB RAZAKKejatuhan eksport negara bukan petanda baik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium