Kejayaan Terbesar Pas Adalah Timbulkan Kebencian Rakyat Terhadap Umno – Mahathir - pakdin.my

Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kejayaan terbesar yang dicapai oleh PAS ialah dalam melaksana pendekatan yang menimbulkan kebencian rakyat terhadap Umno serta mengkafirkan orang yang tidak menyokong parti itu, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir berkata pendekatan berkenaan diguna oleh pemimpin PAS bagi menakutkan rakyat supaya tidak menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

“PAS juga mengajar penyokongnya supaya membenci orang yang tidak menyokong atau mengundi PAS sebagai bukan Islam. Mereka wujudkan kebencian dalam diri orang Islam, termasuk penyokong PAS sendiri, supaya mereka tidak menyokong Umno dan BN,” katanya sewaktu berucap pada program Bersama Negarawan di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata ramai penyokong PAS kini meninggal parti itu kerana sedar pendekatan yang digunakan selama ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Beliau berkata PAS sebenarnya lemah kerana perlukan sokongan parti lain dalam pakatan pembangkang sehingga sanggup menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam dan melaksana hukum hudud apabila digertak rakan sendiri.

“Umno sahaja yang boleh mempertahan hak rakyat pelbagai kaum kerana BN adalah parti campuran, bukan pakatan. Pakatan ni macam ‘pakat-pakat’ sahaja, tidak sempurna. Nak pakat mencuripun boleh, kemudian buat hal sendiri,” katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Mahathir berkata beliau melihat keutuhan Umno dan BN serta sokongan positif rakyat terhadap parti komponen berkenaan bertambah baik adalah petanda BN mampu meraih kejayaan lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Saya yakin matlamat kita untuk menang lebih banyak kerusi Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) boleh tercapai. Di Kedah juga saya lihat rakyat dah menolak pakatan pembangkang,” katanya.

Mengulas desas desus mengenai perebutan jawatan Menteri Besar Kedah jika BN menang pada PRU-13 kelak, Dr Mahathir berkata perkara itu tidak memberi kesan atau menjejas peluang BN kerana anggota parti telah diberi peringatan berhubung isu tersebut.

“Ada pula orang tanya berkaitan anak saya (Mukhriz) adakah dia calon MB. Saya kata biarlah dia bertanding dulu, DUN atau Parlimen, tidak mengapalah. Yang penting, semua anggota bagi pengakuan untuk sokong siapa sahaja yang dipilih Perdana Menteri sebagai calon,” katanya.

UTAMAPOLITIKKejayaan Terbesar Pas Adalah Timbulkan Kebencian Rakyat Terhadap Umno - Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium