Kejayaan Tok Mat sebagai MB Negeri Sembilan #PRKRantau

Anwar mana Tahu sebab dia lama duduk dalam penjara.
………

Saya terkejut bila DS Anwar Ibrahim dilaporkan berkata bahawa Tok Mat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan telah gagal menyediakan pembangunan di Negeri Sembilan sepanjang 3 penggal menjadi Menteri Besar semalam [1]

Sebenarnya ada banyak pencapaian Tok Mat sepanjang menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Saya perturunkan sebahagiannya di bawah:

1. Tok Mat telah menukar ekonomi Negeri Sembilan daripada berasaskan pertanian, kelapa sawit, getah dan ternakan kepada ekonomi berasaskan pembuatan. Beliau membangun dan mewujudkan beberapa Industrial Park seperti di Taman Industri Tuanku Jaafar Nilai, Tanah Merah Lukut dan Taman Industri Senawang. [2]

2. Pada tahun 2011 dan 2012, ekonomi Negeri Sembilan telah berkembang pada paras 5.2% dan 6.2%. Kejayaan ini dibantu oleh kemasukan pelaburan asing sebanyak RM 5.9b dan RM2.73b pada dua tahun tersebut. Dalam masa yang sama, ia mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Sejak itu, FDI tahunan ke Negeri Sembilan tidak pernah kurang daripada sasaran RM1 bilion.

3. Sebelum beliau mengambil alih sebagai Menteri Besar, ekonomi Negeri Sembilan dijana melalui sektor pertanian yang meliputi kawasan seluas lebih 300 ribu hektar. Pada tahun 2012, KDNK N9 adalah sebanyak RM24.63bilion dan 88.9% daripadanya adalah daripada sektor pembuatan besi, machine, elektrik dan pelbagai industri lain. [3]

4. Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri yang berjaya membayar hutang secara tunai kepada kerajaan persekutuan pada tahun 2012.

5. Tok Mat juga telah merancang Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045 yang mengambil masa 30 tahun. Lebih 600 ribu hektar tanah negeri akan dibangunkan melalui konsep kerjasama kerajaan – swasta yang melibatkan integrasi Malaysia Vision Valley (kesinambungan Greater KL), Agropolis (pembangunan bandar dalam desa) dan Biodiversity (Sumber alam). Pelan ini juga mengambilkira pembangunan sepanjang jajaran High Speed Rail KL – Singapore yang akan menjadikan Negeri Sembilan sebagai laluan ekonomi utama dua negara.

6. Tok Mat telah memperkenalkan polisi permit perniagaan percuma bagi membolehkan anak negeri berniaga dengan lebih rancak.

7. Baki Kumpulan Wang Disatukan Negeri Sembilan pada 2016 adalah sebanyak RM540juta, meningkat daripada RM522j pada 2015. [4]

8. 9 daripada 13 jabatan negeri berkaitan kewangan telah menerima pengiktirafan 5 bintang daripada Jabatan Audit Negara pada tahun 2016

9. Kadar kemiskinan tegar Negeri Sembilan pada 2016 adalah 0.2%; lebih rendah daripada purata kebangsaan iaitu 0.4%

10. Jumlah pelancong ke Negeri Sembilan pada 2015 adalah seramai 5.17 juta orang. Peningkatan yang sangat tinggi berbanding 2.36 juta pelancong pada 2011.

11. Jumlah kutipan zakat juga meningkat daripada RM65.4 juta pada tahun 2012 kepada RM94.4 juta pada tahun 2015.

12. Kerajaan Negeri Sembilan berjaya menunaikan 44 daripada 45 manifesto PRU13. Satu satunya manifesto yang gagal ditunaikan adalah menaiktaraf Masjid Negeri dan Kompleks Mahkamah Syariah.

Saya tak kata kerajaan BN dahulu sempurna. Tapi saya percaya bahawa setiap kejayaan mesti diiktiraf dan tidak disepak sewenangnya.

Macam awak semua duk kutuk DS Najib Razak adalah kleptokrat terbesar dalam dunia. Tapi selepas 11 bulan memerintah, awak semua masih gagal untuk ‘replicate’ waima 10% kejayaannya mentadbir negara [5]

—-
Rujukan:

[1] https://www.sinarharian.com.my/article/20653/BERITA/Politik/Tok-Mat-dulu-tak-berkesan-sebagai-MB-Anwar

[2] http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/negeri-sembilan/tanah-merah-kawasan-baharu-industri-1.13597

[3] Data Sosioekonomi Negeri Sembilan 2010-2015, UPEN Negeri Sembilan

[4] Berita Harian, 15 Januari 2018.

[5] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2320769834639693&id=100001200986490

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

……

Antara jawapan Tok Mat Hasan

Mohamad memberitahu, syarikat membuat brek karbon kapal terbang terbesar di dunia, Safran Messier-Bugatti-Dowty telah membuka kilang di Sendayan dengan pelaburan lebih RM1 bilion.

Jelasnya, Daihatsu Motor Co. Ltd. dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah melancarkan kilang pengeluaran enjin di kawasan industri itu selepas Akashi Kikai Industry Malaysia Sdn. Bhd. membina kilang pengeluaran gear automatik.

Tambahnya, pengeluar trak dan bas terkemuka Jepun, Hino Motors Ltd. pula membuka Pusat Sokongan Menyeluruh Hino (HTSCC) di Tech Valley Sendayan.

9 KOMEN

  1. INI FAKTA DAP SAN PKR…

    Besok penamaan calun

    kawasan DUN Rantau mempunyai 29,926 pengundi berdaftar,

    1.) Daripada sejumlah itu, 11,283 pengundi atau 55.11 peratus adalah Melayu,

    2) .3,849 atau 18.80 peratus Cina,
    3). 5,336 atau 26.06 peratus India

    dan empat atau 0.02 peratus lain-lain bangsa.

    FAKTA KEMENANGAN PH

    3849 CINA
    5336 INDI
    1000 BANGSA LAIN
    JUMLAH 10.985. SEMUA KAUM CINA INDIA UNDI PH

    400O RIBU ORANG MELAYU UNDI PH PUN SUDAH CUKUP TEWASKAN BN/UMNO PARTI PENYAMUN

    KAN DAH CAKAP BN RANTAU KALAH DEGIL
    .SEPERTI PRU 11,12,13

    MIC DAN MCA AMBIL DUIT BELANJA BN UTK PRK RANTAU..TAPI UNDI ZERO TAPI KALI INI SEBIJI SEMENYIH 25% TAK TURUN UNDI BN YG 2TURUN DAN DIBAWA TURUN PH DAPAT 75%

    BAGI UNDI MELAYU DARI 11+++,9+++ UNDI PH SEBAB DAPAT KUPON DAN BAGAI RASUAH YG SPR KAKI BEER BENARKAN..3+++ PENGUNDI BARU DI SWAP DARI DATA PRU 11,12,13..SEBAB SYSTEM DOWN SPR..

    TAPI HAJI HADI BACA LAIN.

    TUNN
    GGU UNIT INTELLIGENCE PAS DI N9 LSPORAN ESOK

  2. ckplah apa saja.. fitnahlah sesuka hati.. sanjung/pujalah puak2 PENGKHIANAT NEGARA & GENG2 PEMBUNUH ARWAH ADIB tu.. sementara masih ada kuasa.. rkyt yg bijak akn menilai dgn akal fikiran & pengalaman.. smoga BN/tok mat beroleh kemenangan.. In Shaa Allah..

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini