25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2020

Kejutan Euro 212 – Denmark atasi Belanda 1-0

DENMARK mempamerkan aksi garang, sekali gus membuat kejutan dengan mengatasi Belanda 1-0 dalam perlawanan peringkat Kumpulan B yang berlangsung di Stadium Metalist Kharkiv.

Perlawanan separuh masa kedua baru berakhir.

Denmark yang turun selaku pasukan bukan pilihan membuktikan kemampuan bahawa mereka juga boleh melakar kejutan.

Pada babak awal perlawanan, Belanda yang banyak – lebih 60 peratus – menguasai perlawanan bagaimanapun gagal untuk mencipta jaringan. Pasukan ini telah menjaringkan 37 gol di peringkat kelayakan berbanding pasukan lain yang bersaing di Euro 2012 ini.

Gerakan menarik yang dilakukan Micheal  Krohn Dehli pada minit ke-24 berjaya menewaskan penjaga gol Belanda, Maarten Stekelenburg untuk mendahului 1-0.

Perlawanan hari ini kelihatan lebih tenang berbanding persaingan pembukaan Kumpulan A antara Poland dan Greece semalam di mana berakhir dengan detik-detik dramatik dan kontroversi di Stadium Nasional Warsaw.

Bersambung babak kedua, perlawanan semakin rancak apabila kedua-dua pasukan mengasak kubu masing-masing.

Belanda yang tersentak dengan jaringan awal pihak lawan, terus buntu untuk mencari gol apabila setiap percubaan yang dilakukan tersasar.

Peluang Belanda untuk mencipta gol penyamaan pada minit ke- 74 gagal dilaksanakan setelah penjaga gol Denmark berjaya menyelamatkan detik cemas itu daripada membolosi gawang.

Pada aksi tadi, anak buah Morten Olsen mencatatkan keputusan positif sekali gus mencerahkan peluang mereka ke peringkat seterusnya.

Kumpulan B akan menyaksikan perlawanan menarik antara Jerman dan Portugal, yang akan berlangsung pada jam 2.45 pagi.

Barisan pemain Belanda:
01 Stekelenburg
02 Van Der Wiel
03 Heitinga
13 Vlaar
15 Willems
06 Van Bommel
08 De Jong
10 Sneijder
11 Robben
16 Van Persie
20 Afellay

Barisan pemain Denmark:
01 Andersen
03 Kjaer
04 Agger
05 S Poulsen
06 Jacobsen
07 Kvist
08 Eriksen
21 Zimling
09 Krohn-Delhi
10 Rommedahl
11 Bendtner

Sekilas fakta perlawanan:
– Keputusan semasa: Denmark (1) Belanda (0)
– Pemain terima kad kuning: Van Bommel (Belanda), Poulsen dan Kvist (Denmark)
– Penguasaan permainan: Belanda (60 peratus); Denmark (40 peratus)
– Sasaran ke gawang: Belanda (27); Denmark (8)
– Sepakan penjuru: Belanda (10); Denmark (4)

Berita Berkaitan

Gagal sekat kandungan sensitif, Thailand ambil tindakan terhadap Facebook dan Twitter

BANGKOK ― Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand memfailkan aduan kepada polis jenayah siber...

Rakan sekutu berbalah berhubung jawatan KM Sabah

KOTA KINABALU: Abdul Rahman Dahlan cuba menunjukkan ekspresi biasa pada Sabtu ketika pemimpin Perikatan...

Komen

..

Drama pemilihan Ketua Menteri Sabah belum tamat, Zahid bertegas

KOTA KINABALU – Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan