Statistik Corona

Malaysia
2,436,498
Confirmed
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am
Malaysia
2,334,783
Recovered
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am
Malaysia
73,223
Active
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am
Malaysia
28,492
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,240,479
Confirmed
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am
Indonesia
4,083,690
Recovered
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am
Indonesia
143,235
Deaths
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am

Thailand

Thailand
1,859,157
Confirmed
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am
Thailand
1,740,316
Recovered
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am
Thailand
18,799
Deaths
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am

Global

All countries
244,800,167
Confirmed
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am
All countries
220,204,473
Recovered
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am
All countries
4,969,812
Deaths
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am

Kekal komited selesaikan isu 1MDB, dana RM2.6b – Najib

najib-muhyiddin-mt

Datuk Seri Najib Razak tegas dengan keputusan dan pendirian asalnya mahu isu dihadapi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) diselesaikan dalam tempoh enam bulan.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO akui ketika ini ada beberapa perkara yang perlu ditangani segera supaya dapat memberi kepuasan serta mengurangkan kebimbangan rakyat, termasuk isu dana RM2.6 bilion.

Beliau menzahirkan iltizam itu pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini, hari ini, sebagai menjawab dakwaan bertali arus pelbagai pihak kononnya kedua-dua isu berkenaan cuba ditutup dan tidak diambil peduli kerajaan.

“Ada beberapa perkara yang perlu ditangani supaya dapat memberi kepuasan kepada rakyat termasuk soal 1MDB iaitu soal kedudukan semasa dan kita sekarang sedang dalam edah enam bulan yang sudah saya mohon. Ia bagi mengurangkan hutang 1MDB dan beberapa proses rasionalisasi.

“Sekarang kita dapat tawaran yang menggalakkan tetapi saya tidak boleh jelaskan kerana masih dalam proses ‘dua diligence’ (penelitian). Saya akan umumkan secara rasmi kelak.

“Begitu juga dengan dana rasmi yang mana tiada undang-undang berhubung dana politik dan pendedahan yang perlu dibuat mengenainya,” katanya.

Najib menjelaskan, dana politik ketika ini turut digunakan pembangkang, namun beliau kesal kerana ia hanya dispekulasi dan dipersoal apabila membabitkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Semua parti guna kutipan dana termasuk pembangkang, malah Bersih 4 bila orang tanya, mereka enggan mendedahkan daripada sumber mana mereka dapat.

“Bila sampai kepada kita, macam-macam persoalan dibangkitkan. Kita tidak boleh ‘double standard’. Empat tahun dulu saya pernah cadangkan kaedah yang sesuai tetapi tidak dipersetujui oleh pembangkang,” katanya.

Justeru, Najib berharap pada masa akan datang dapat dilaksana kaedah bersesuaian bagi mengawal dana dan sumbangan politik.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021