Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah, cubaan segelintir pihak memainkan sentimen perkauman serta menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan kandungan berbaur hasutan, fitnah dan fahaman ekstremis perlu dikekang dan ditangani segera oleh agensi-agensi berkaitan.
Titah Tuanku Abdul Halim, kelewatan bertindak berhubung isu-isu yang melibatkan perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum boleh menyebabkan konflik dan perbalahan yang lebih besar.
“Beta ingin mengingatkan rakyat jelata agar sentiasa memelihara keharmonian dan kerukunan hidup bermasyarakat,” titah Yang di-Pertuan Agong.
Tuanku Abdul Halim bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan sidang Parlimen Keempat Penggal Ke-13 hari ini.
Turut berangkat dalam majlis perasmian itu, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.
Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong bertitah, langkah-langkah ke arah memperkukuhkan institusi agama dan kecekapan pelaksanaan undang-undang pentadbiran agama Islam melalui pemerkasaan mahkamah syariah perlu disegerakan.
Pada masa sama, isu-isu keagamaan perlu dirujuk kepada pihak berautoriti agama dan tidak wajar dibuat tafsiran secara individu atau berkelompok kerana boleh mencetuskan kecelaruan, ketegangan dan konflik dalam masyarakat.
“Beta menyokong penuh segala inisiatif bagi mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan dan dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas dan damai di negara ini,” titah Tuanku Abdul Halim.
Tuanku Abdul Halim turut menarik perhatian berhubung ancaman keselamatan yang boleh menggugat kesejahteraan negara.
“Perkembangan ancaman militan dan anasir keganasan yang mula menular di negara ini perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menjerumuskan negara ke dalam kancah ketidakstabilan,” titah Yang di-Pertuan Agong.
Kekang salah guna media sosial – Seri Paduka https://t.co/IBraBsVBQN
Kekang salah guna media sosial – Seri Paduka: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah… https://t.co/BPjl5FhtIv
Kekang salah guna media sosial – Seri Paduka https://t.co/3daZT8ZZ5m
Mohd Zainuddin Wardi liked this on Facebook.
Skobok Skoby liked this on Facebook.
Khaharuddin Bin Adam liked this on Facebook.
Bella MadZar liked this on Facebook.
Shafre Bin Jamaludin Shafre liked this on Facebook.
Dato Izaham Kasim liked this on Facebook.
Mizilan Mansor liked this on Facebook.
Badshah Ismail liked this on Facebook.
Soijah Su Likin liked this on Facebook.
Mooi Wah Kian liked this on Facebook.
Kay Maria liked this on Facebook.
Daeng Zaek liked this on Facebook.
Masri Markom liked this on Facebook.
Muhammad Taufiq Topek liked this on Facebook.
Wan Yahya liked this on Facebook.
Muhd Khairi Abd Halim liked this on Facebook.
Yazie Apache liked this on Facebook.